From Otet |

![]() |
From Otet |
Otet (Fadhar Hussin) bekas pemain Ns, posisi Prop-salah seorang pemain yg sama2 membentuk kebangkitan kecermelangan ragbi Ns diawal 1980 an & 1990an, meninggal dunia menderita kanser tulang. Jenazah arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan sekitar Kuala Lumpur.
Ramai jugak rakan2 lama arwah berkesempatan menziarahi untuk kali terakhir tengahari tadi.
Manakala rakan2 dari daerah Seremban, Towkey, Roy & Ajoey turut hadhir.
Sementara itu....Bekas pemain remaja Poing (nama sebenar tak ingat), dari SDAR, terkorban ditembak polis di kediaman orang tua arwah di Bahau petang semalam. Pemain posisi sayap yang cukup digeruni, "tackler" yang keras dan berani walau bertubuh kecil. Turut membantu beberapa siri kejohanan remaja bawah 21 tahun dan Sukma 1992 di Johor.
Kali terakhir penulis berjumpa beliau. 3 bulan yang lalu setelah berhenti dari Maybank dan Genting resort kerana masalah kesihatan. Beliau menyambung kerja2 arwah ayah beliau sebagai peniaga makanan dan petani.
Sumber yg diterima, keengganan beliau untuk mengambil ubat penenang dari klinik yg berdekatan setelah didesak keluarga adalah punca keributan dan telah berakhir dengan kematian.
Lapuran berita:
SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, pada Selasa.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang.
Beliau berkata pada kira-kira pukul 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.
Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.
"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sjn Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, pada Rabu.
Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.
Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.
Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - BERNAMA
Polis parah kena tetakSarjan Abdul Rahim Hamid, 50, cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang berukuran 42 sentimeter oleh suspek.
Akibat kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, untuk rawatan lanjut.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang selepas salah seorang daripada tiga polis yang bergegas ke tempat kejadian melepaskan tembakan menggunakan ‘Taser Gun’ iaitu senjata untuk pelali bagi mengelakkan ancaman bahaya.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, sebelum itu, Abdul Rahim bersama tiga rakan sejawatnya cuba memujuk pemuda berkenaan daripada terus mengamuk tetapi tidak berjaya sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan.
“Bagaimanapun, suspek bertambah agresif dan terus menyerang mangsa menggunakan parang di rumah suspek.
“Pergelutan yang berlaku antara mangsa dan suspek dari bilik ke ruang tamu di rumah teres itu tidak berhenti lalu memaksa seorang lagi polis melepaskan satu tembakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.
Menurutnya, dalam pergelutan itu, suspek berumur 30-an yang juga penganggur mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan di pipi.
Sementara itu, Abdul Rahim yang cedera parah dengan kesan empat tetakan di kepalanya dikenakan jahitan di dahi, tepi kepala, dagu dan satu jahitan di telinga.
Osman berkata, mangsa yang bertugas di Unit Peronda Balai Polis Bahau itu turut mengalami luka di bahu.
“Polis belum mengenal pasti punca kejadian amuk itu dan siasatan akan terus dilakukan,” katanya.
Menurutnya, polis juga akan menyoal siasat keluarga suspek kerana mungkin sebelum ini suspek pernah mendapat rawatan sakit mental.
1- Polis tembak mati lelaki mengamuk serang polis dengan parang
Semoga dihimpunkan bersama2 orang yg beriman.
-Amin-