|
Sidang Akhbar 14th NS Royal Sevens di Kelab DiRaja Selangor KUALA LUMPUR, 27 Jun 2011 - NS ROYAL SEVENS Edisi ke-14 kembali menyemarakkan arena ragbi tanahair bulan Julai ini. Kejohanan yang bakal berlangsung selama dua (2) hari pada 2 & 3 Julai 2011 bertempat di Padang Perbandaran Seremban akan menampilkan empat puluh (40) pasukan ternama bertanding dari dalam dan luar negara. Dua kategori dipertandingkan; Kategori Kelab Terbuka (Open Club) 24 pasukan dan 16 pasukan Kategori Bawah 19 tahun (Under 19). Presiden NSRU, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin Menurut Presiden Persatuan Ragbi Negeri Sembilan, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin berkata NS Wanderers dan Cobra menjadi pasukan pilihan bagi edisi kali ini namun kehadiran pasukan-pasukan seperti Keris Conlay, Sibu RC, Asas RC dan Scorpion Putrajaya dlihat sebagai pasukan pencabar terdekat yang tidak boleh dipandang ringan. " NS Royal 7s akan memberi pendedahan kepada pemain-pemain ragbi kita untuk bersaing dengan pasukan yang menurunkan pemain berstatus profesional. Kita tidak boleh ketinggalan di belakang negara-negara lain di rantau ini dan pemain kita perlu berani menghadapi cabaran," Ujar Tuan Hj Abdul Jalil Borhanuddin. Pasukan berstatus kelab dari luar negara yang turut menyertai kejuaraan tahun ini ialah Universiti Prince Of Songkhla Thailand, Singapore Police dan Singapore Beduk King. Kategori bawah 19 tahun bakal menyaksikan kehadiran pasukan dari Afrika Selatan, Trafalgar High School. Dua Puluh Empat (24) pasukan kelab menyertai kejuaraan edisi kali ini ialah NS Wanderers, Cobra, TsunaMI Bandar Penawar, Keris Conlay, Scorpion Putrajaya RC, Sibu RC, Asas RC, Singapore Polis, Singapore Beduk King, University Prince Of Songkhla, Sahoca, Polis bersatu, ATM JLJ, ATM RAMD, ATM Sikamat Gunners, De Perpatih RC, NS Rhino, NS Colts (Dprc NS Sukma-2011), NS Junior (Barbarian), Kota Tinggi Hunter, Muar Musketeers, Malacca High School Old Boys, Universiti Islam Malaysia, Royal Selangor Club Gelanggang ini telah memberi satu lagi peluang untuk DPRC menurunkan pemain-pemain yang tak berkesempatan bermain format 7 sebelah sebelum ini. Pengurus En Norbit dalam kesibukan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, dengan nekad akan cuba memberi cabaran dan persembahan yang menarik walau pun pasukan ini hanya dibantu kewangan oleh beberapa rakan-rakan kelab. Sementara itu DPRC Sukma (NS Colts) dibawah seliaan Tuan Wan Saharuddin dan jurulatih Killer akan mengambil kesempatan ini bagi mematangkan pemain-pemain untuk berhadapan ujian yang lebih getir berhadapan dengan pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa. |

Sunday, July 3, 2011
14TH NS ROYAL 7S: CABARAN SENGIT KATEGORI KELAB
Subscribe to:
Posts (Atom)