Hebahan kepada semua warga/komuniti DPRC...
salah seorang dari pemain kita akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini..
Beliau adalah Cikgu zul kita (kalo xkenal tanye Cikgu nobit) pada 14.03.10 (sebelah laki, belah pempuan 13.03.10) bertempat di Kampung Banggol Katong, Serade 20050 Kuala Terengganu.
diharapkan kepada yang berkesempatan atau berhampiran dapat hadir memeriahkan majlis tersebut...
kami bagi pihak DPRC ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semoga hidup cikgu Zul bertambah keberkatan.. Amin........
p/s: sesiapo teraso nak poie nek ket0 reramai dari somban, buleh hubungi En. Nobit( 0194793079)

Monday, February 22, 2010
Segamat 10's
From Blogger Pictures |
Sepanjang Kejohanan jemputan 10's, DPRC sentiasa menghantar pasukan walau pun dana agak tidak mengizinkan. Terima kasih kepada kesemua penyumbang2 yg terlalu ingin melihat DPRC ini muncul dlm salah satu kelab ragbi yg di segani.
DPRC pernah mencapai ke pusingan suku akhir cup yg mana di barisi pemain2 lepasan sekolah. Kini sebahagiannya telah bermain dengan team elit di sekitar lembah Klang.
Teringat pulak Bro JOE salah seorang bekas pemain SM Zaaba merangkap penasihat makanan di samping menyediakan menu yg bertaraf 5 bintang.
Sape2 yg dapek hubungi JOE, Tolong hubungi Pejabat DPRC.
@Bro Luv@
Monday, February 1, 2010
Kelab Gabungan DPRC mula mengorak langkah
ZULHASNAN Rafique (kiri) bergambar dengan juara bawah18 tahun Kejohanan Ragbi Piala Rafique Yahya, pasukan Sekolah King George V, selepas perlawanan akhir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur, semalam. |
Sumber: Utusan (Klik)
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur), gagal mempertahankan Piala Rafique Yahya dalam kategori Cup bawah 18 tahun, Kejohanan Ragbi Victoria Institution 10 Sepasukan Kedua, apabila dijinakkan oleh King George V, 19-5, pada perlawanan akhir, semalam.
Bintang Rugby Club pula menjulang Piala Tan Sri Yahaya Ahmad yang tahun lalu turut dimenangi Semashur, dengan menundukkan Sekolah Alam Shah (SAS), 20-12 pada satu lagi perlawanan akhir Cup bagi kategori bawah 15 tahun di Padang VI, di sini.
Juara setiap kategori membawa pulang RM500, piala pusingan dan iringan, pingat serta set jersi penaja Total Field, sementara naib juara meraih RM300.
Hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Pemain KGV, Anuarul Hafiz dan Mohd. Zulhisham Rosli (SAS) diumumkan sebagai Pemain Terbaik bagi kedua-dua kategori kejohanan edisi kedua ini.
Maktab Sultan Abu Bakar pula menjuarai Shield bawah 18 dengan menewaskan Bintang Rugby Club, Sekolah Sains Pokok Sena, yang menumpaskan Sekolah Menengah Taman Kosas, memenangi kategori Bowl, manakala Plate dimenangi Sekolah Menengah Sains Selangor, yang mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Razak.
Kategori Bawah 15 Tahun Shield pula dimenangi Maktab Sultan Abu Bakar, sementara kategori Bowl menjadi milik Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Sekolah Sukan Bandar Penawar memenangi Plate setelah menundukkan Sekolah Berasrama Penuh Sabak Bernam.
Dalam ucapan penutupan, Zulhasnan berkata, sambutan penyertaan pada kejohanan kali ini kian meningkat sehingga jawatankuasa penganjur terpaksa menolak empat lagi pasukan kerana kesuntukan masa untuk mengatur jadual perlawanan.
"Ia membuktikan Kejohanan Ragbi Victoria Institution (VI) 10 Sepasukan ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh banyak pasukan ragbi sekolah dan remaja sama ada dari seluruh Semenanjung mahupun Singapura.
"Saya berharap dengan sambutan yang baik ini dan bagi mengundang lebih banyak pasukan, penganjur mampu memanjangkan hari pertandingan daripada dua hari kepada dua setengah hari iaitu bermula pada Jumaat pada tahun depan," katanya.
Syabas dan Tahniah dari DPRC
@Bro Luv@
Subscribe to:
Posts (Atom)