Monday, February 1, 2010

Kelab Gabungan DPRC mula mengorak langkah


ZULHASNAN Rafique (kiri) bergambar dengan juara bawah18 tahun Kejohanan Ragbi Piala Rafique Yahya, pasukan Sekolah King George V, selepas perlawanan akhir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur, semalam.

King George V juara Piala Rafique
Sumber: Utusan (Klik)

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur), gagal mempertahankan Piala Rafique Yahya dalam kategori Cup bawah 18 tahun, Kejohanan Ragbi Victoria Institution 10 Sepasukan Kedua, apabila dijinakkan oleh King George V, 19-5, pada perlawanan akhir, semalam.

Bintang Rugby Club pula menjulang Piala Tan Sri Yahaya Ahmad yang tahun lalu turut dimenangi Semashur, dengan menundukkan Sekolah Alam Shah (SAS), 20-12 pada satu lagi perlawanan akhir Cup bagi kategori bawah 15 tahun di Padang VI, di sini.

Juara setiap kategori membawa pulang RM500, piala pusingan dan iringan, pingat serta set jersi penaja Total Field, sementara naib juara meraih RM300.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Pemain KGV, Anuarul Hafiz dan Mohd. Zulhisham Rosli (SAS) diumumkan sebagai Pemain Terbaik bagi kedua-dua kategori kejohanan edisi kedua ini.

Maktab Sultan Abu Bakar pula menjuarai Shield bawah 18 dengan menewaskan Bintang Rugby Club, Sekolah Sains Pokok Sena, yang menumpaskan Sekolah Menengah Taman Kosas, memenangi kategori Bowl, manakala Plate dimenangi Sekolah Menengah Sains Selangor, yang mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Razak.

Kategori Bawah 15 Tahun Shield pula dimenangi Maktab Sultan Abu Bakar, sementara kategori Bowl menjadi milik Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Sekolah Sukan Bandar Penawar memenangi Plate setelah menundukkan Sekolah Berasrama Penuh Sabak Bernam.

Dalam ucapan penutupan, Zulhasnan berkata, sambutan penyertaan pada kejohanan kali ini kian meningkat sehingga jawatankuasa penganjur terpaksa menolak empat lagi pasukan kerana kesuntukan masa untuk mengatur jadual perlawanan.

"Ia membuktikan Kejohanan Ragbi Victoria Institution (VI) 10 Sepasukan ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh banyak pasukan ragbi sekolah dan remaja sama ada dari seluruh Semenanjung mahupun Singapura.

"Saya berharap dengan sambutan yang baik ini dan bagi mengundang lebih banyak pasukan, penganjur mampu memanjangkan hari pertandingan daripada dua hari kepada dua setengah hari iaitu bermula pada Jumaat pada tahun depan," katanya.

Syabas dan Tahniah dari DPRC

@Bro Luv@

No comments:

Post a Comment