Pengurus : Ajoi
Jurulatih : Killer & Komeng
Pegawai : Norbit & Adzly & Brado
Pemain :
Jamboo, Emon, Ajak, Macha, Ameen, Luncai, Mamba, Goncang, Tonggek, Poyo, Atok, Amm, Sendat, Wak,
Johor pasukan pilihan penganalisis Ragbi Sukma kali ini, tewas tipis 14-12 dengan penyandang Sukma 2008 Terengganu. Tahniah Terengganu....!!!
Manakala harapan Negeri Sembilan untuk meraih Emas di Temasya Sukma 2010 Merlimau Melaka gagal. Tetapi kegagalan itu bukan lah bermakna harapan ini pemusnah di Sukma yg akan datang.
Pasukan Sukma NS adalah pemain2 yg termuda yg masih berumur 20 tahun kebawah. Manakala Negeri2 lain pula dibarisi pemain2 berumur 23 tahun dan sedang mewakili Malaysia, negeri dan kelab2 yg ternama. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk menyaingi kelincahan NS.
Kemurungan tewas diperingkat suku akhir Cup bertemu Kedah anak didik Jurulatih Ujang Farid (bekas ketua pasukan M'sia) dgn kekurangan 4 mata (NS 10 Kedah 14) menjadi satu sumber kekuatan persiapan dan "post mortem" untuk berhadapan di peringkat "Plate". Separuh akhir plate satu ujian terlalu besar dgn mempertaruhkan pemain2 simpanan. Namun NS berjaya menjinakan negeri Hang Tuah Melaka dgn kemenangan tipis 7-5.
Kemenangan yg sungguh dramatik dengan Kelantan 19-5 akhir "Plate" merubah kemurungan dgn semangat berpantang maut sebelum ajal yg cukup bermakna. Pemain2 muda NS mula mempamerkan kematangan skill 7 sebelah dgn corak larian yg mengelirukan Kelantan. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak. Dan ada diantara pemain2 ini masih buleh mewakili 2 kali Sukma lagi.
Pengulas Ragbi Astro 801 yg membuat lintasan lansung memperakui bahawa pasukan termuda NS ini cukup matang menguasai format 7 sebelah, cuma terperangkap dengan sedikit kelalaian waktu bertemu Kedah diseparuh akhir Cup.
Apa yang lebih mengembirakan Kelab DPRC yg bernaung di bawah KRNS yg telah ramai melahirkan pelapis2 ragbi NS ini, membuat keputusan pertaruhan yg sungguh berani tanpa mengimpot pemain2 luar ternama seperti yang dilakukan oleh negeri2 lain.
Kepada pemain2 NS senior ternama seperti Jeff, Siam, Koi, Ganu, Black dan yg lain2 walaupun tahun ini tidak bersama NS, tetapi turut mewakili negeri2 seperti Sarawak, Terengganu, Johor dan Kedah.
Syabas squad NS
Presiden KRNS Tuan haji Jalil, Naib Presiden Tuan Hj Abd Razak, AJK Roy, ipin, Tuan Wan, Murad bersama2 penyokong2 turut bersama2 memberi sokongan sepanjang 3 hari Temasya Ragbi Sukma ini berlansung.
Terima Kasih yang tak terhingga kepada KRNS, MSN, Tuan Wan, Helmi, Bang Man, Penzoil dan mana2 individu termasuk badan koporat yang turut bersama2 menyumbang untuk kemajuan sukan ragbi