Saturday, June 5, 2010

Final Liga KRNS

From Liga NSRU 2010


DPRC Naib Johan Cup
- Liga KRNS

Setelah keadaan cemas untuk berhadapan dgn Kelab ternama Gunners dari Sikamat, apabila surat rayuan bagi menunda jadual perlawanan akhir dari pengurus pasukan DPRC Norbit di tolak oleh Ajk kejohanan. DPRC berhadapan dgn ujian yg sungguh getir, hampir separuh pemain-pemain utama tidak dapat beraksi kerana menduduki peperiksaan IPTS/IPTA.

Namun DPRC berjaya menyekat keganasan Gunners dari terus membaham. Walau pun DPRC terpaksa menurunkan hampir setengah pemain2 simpanan. Pengurus/jurulatih Norbit berpuas hati dengan keputusan tersebut walau pun tewas dgn kedudukan 11-20. Kekangan kekurangan dana dan kehilangan pemain-pemain utama bukanlah penghalang untuk DPRC mempamerkan rentak menyerang & pertahanan kental dgn semangat juang yang seharusnya dibanggakan.

Gunners tersentap seketika, dlm waktu DPRC pernah mendahului dgn 6-5. Pertukaran pengadil pada separuh masa kedua dgn tiba2 juga amat memeranjatkan. Pemain DPRC Paktam menjadi mangsa dgn layangan kad kuning walau baru beraksi 10 minit.

Farhan dari DPRC manakala Besut dari Gunners, diistiharkan pemain terbaik Kejohanan Ragbi Liga KRNS pada perlawanan akhir tersebut.

Walau bagaimana pun objektif DPRC tercapai. Rata2 pemain tersebut adalah hasil pembangunan dari peringkat sekolah2 di sekitar N. Sembilan yg baru mencecah umur 21 tahun ke bawah. Syabas....!!! DPRC

Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh Presiden KRNS Tuan Hj Jalil, Timbalan presiden KRNS En Sallehuddin Mat Arop dan Ketua pemerintah Kem Sikamat.

DPRC turut mengambil kesempatan mengucapkan"Good Luck" kepada squad 18 tahun & 12 tahun Negeri Sembilan yang kini sedang menyertai Kejohanan Ragbi MSSM di Kota Bahru.

Manakala DPRC Sukma akan berusha membawa bendera N. Sembilan kepuncak "SUKMA 2010" di Merlimau Melaka pada 15hb-18hb Jun 2010 ini.

Pengurus Ajoey dan jurulatih Killer kini menjadi tumpuan untuk mencipta sejarah.

No comments:

Post a Comment