From Royal 7s 2010 |
Walau pun tewas ketika menentang Kelab Bandaraya Dragon di peringkat separuh akhir kategori Kelab Tempatan dengan kedudukan 0-7, sudah memadai menggerunkan Dragon yg dibarisi pemain-pemain kebangsaan ternama.
Padang becak yg hujan sebelumnya juga adalah salah satu faktor penghalang DPRC untuk menunjukan permainan pantas. Kelebihan ini digunakan oleh Dragon yg bertubuh besar mengubah strategi serangan tujahan disamping memperalahan rentak taktik dgn "maul & rucking"
Ketiadaan 6 tonggak utama DPRC Tonggek, Jamboo, Luncai, Poyo dan Atok yg membuat pendaftaran ke IPTA & IPTS manakala Goncang pula bermain untuk pasukan Sekolah KGV. Namun pemain-pemain gantian tersebut telah menunjukan pretasi persaingan yg agak membanggakan.
Kematangan permainan dan persafahaman yang semakin terserlah di Kejohanan kali ini berbanding pretasi di Sukma Melaka tempohari.
Kini DPRC akan membentuk AJK kewangan yg lebih tersusun bagi cuba memastikan pendedahan ragbi yg lebih luas dgn menghantar pasukan ke beberapa Kejohanan jemputan tempatan dimasa akan datang.
Terima Kasih tak terhingga atas sumbangan dari Bank Rakyat, Penzoil dan beberapa individu.

Aksi2 Sepanjang Kejohanan
Berita-Berita Akhbar » SinarHarian
From Royal 7s 2010 |
SEREMBAN – Peminat ragbi tanah air ternyata puas dengan aksi hebat dipamerkan pemain ragbi tempatan dan antarabangsa pada pusingan kalah mati Kejohanan Ragbi Power NS Royal Sevens selama dua hari mulai 3 Julai di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Menerusi saingan akhir yang berlangsung dalam keadaan padang becak, Kelab Sandakan Eagles berjaya menundukkan Cobra 3-0 dalam masa tambahan setelah seri tanpa cubaan dalam pertemuan akhir Kategori Kelab Super.
Pengurus Sandakan Eagles, K H Tan berkata, faktor kemenangan pasukannya pada pertemuan akhir itu adalah semangat untuk menang.
“Pemain kami mempunyai semangat kental untuk menang.
"Ini adalah kejayaan kedua kami menjulang kejuaraan di Power NS Royal Sevens setelah kali pertama kami memenanginya pada 2006," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.
Sementara bagi saingan final Kelab Tempatan, pasukan Bandaraya Dragons menewaskan Scorpion Putrajaya 19-17 manakala saingan Kategori Sekolah, Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) menewaskan Sabah Junior 34-0.
Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (KRNS), Jalil Borhanuddin berkata, pihak pe-nganjur berpuas hati dengan penganjuran kejohanan Power NS Royal Sevens edisi ke-12 dan kerjasama diberikan pasukan bertanding serta Kerajaan Negeri amat baik sekali.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim yang juga wakil kepada Menteri Besar dan Datuk James Selvaraj dari Bata Malaysia.
From Royal 7s 2010 |
![]() |
From Royal 7s 2010 |
No comments:
Post a Comment