Written by Sufiani |
King George V 'A' Kekal Juara Piala Tunku Naquiyuddin
SEREMBAN, 20 Jun 2011 - KING GEORGE V kekalkan prestasi cemerlang semalam setelah di nobat Juara Kejohanan Ragbi 7's Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan untuk merebut Piala Tunku Naquiyuddin. Kejuaraan edisi ke-14 ini telah berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai gelanggang pemanas badan sebelum menjelangnya Kejohanan Antarabangsa NS Royal Sevens yang dijadualkan pada 2 dan 3 Julai ini. Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri khususnya dan negara amnya. Dua puluh empat (24) sekolah bersaing dalam lapan kumpulan dikejuaraan semalam dan SMK King George V (KGV) selaku juara bertahan diletak sebagai pasukan pilihan.
Keputusan Akhir Piala Naqiuyuddin 2011: Kategori CUP SMK King George V 'A' tewaskan SDAR (26-14)
Kategori PLATE SMK Tuanku Muhammad tewaskan SMK Tunku Syed Idrus (26-00)
Kategori BOWL STJ menewaskan SMK King George V 'B' (19-17)
Kategori SHIELD SDAR tewaskan SMK Undang Rembau (19-05) |

Wednesday, June 22, 2011
SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN
SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN
Subscribe to:
Posts (Atom)