Wednesday, June 22, 2011

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN
Written by Sufiani

King George V 'A' Kekal Juara Piala Tunku Naquiyuddin

SEREMBAN, 20 Jun 2011 - KING GEORGE V kekalkan prestasi cemerlang semalam setelah di nobat Juara Kejohanan Ragbi 7's Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan untuk merebut Piala Tunku Naquiyuddin. Kejuaraan edisi ke-14 ini telah berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai gelanggang pemanas badan sebelum menjelangnya Kejohanan Antarabangsa NS Royal Sevens yang dijadualkan pada 2 dan 3 Julai ini.

Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri khususnya dan negara amnya.

Dua puluh empat (24) sekolah bersaing dalam lapan kumpulan dikejuaraan semalam dan SMK King George V (KGV) selaku juara bertahan diletak sebagai pasukan pilihan.

Keputusan Akhir Piala Naqiuyuddin 2011:


Kategori CUP

SMK King George V 'A' tewaskan SDAR (26-14)

Kategori PLATE

SMK Tuanku Muhammad tewaskan SMK Tunku Syed Idrus (26-00)

Kategori BOWL

STJ menewaskan SMK King George V 'B' (19-17)

Kategori SHIELD

SDAR tewaskan SMK Undang Rembau (19-05)

No comments:

Post a Comment