From Kelab Ragbi De Perpateh (DPRC) |
From JAMUAN RAYA 2009 |
From Liga NSRU 2010 |
Diberitakan permasalahan susah buang air besar dan kecil dan berkemungkinan beberapa saluran tersumbat.
Allahyarham berusia 44 tahun meninggalkan balu Norjannah dan seorang anak lelaki. Jenazah akan dikebumikan selepas Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Melang Kuala Pilah.
Cikgu KHAIRIL yang berasal dari Taman Permai Gentam Kuala Pilah, mendapat pendidikannya di salah sebuah Maktab perguruan Negara merupakan salah seorang pelopor ragbi bawah 12 tahun yang terawal dan seterusnya mencipta sejarah ragbi NS Johan Kebangsaan pada tahun 1994.
Sewaktu bertugas di Sek Tuanku Muhammad NS diawal 2000, berjaya melahirkan pasukan dan beberapa pemain yang berbakat dan cukup disegani di Negeri Sembilan sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai Jurulatih Gimnastik. Dan menyambung minat beliau sebagai jurulatih ragbi di Sek Men Keb Undang Rembau hingga akhir hayat beliau bersama bekas pemain legenda negara UJANG FARID.
Beliau diserapkan sebagai Setiausaha Kehormat D' Perpatih Rugby Club untuk membantu En KILLER yang ditugaskan untuk menumpukan perhatian khusus pembangunan ragbi NS. Atas semangat dan komitmen yang tinggi terhadap sukan ragbi sanggup meredah ahli2 koporat dan politik mencari dana kelab demi bagi memastikan anak2 ragbi selesa dan perjalanan kelab berterusan untuk cuba bersaing dengan kelab yang ternama.
Allahyarham sangat dikenali dengan keberaniannya mengambil tanggungjawab sebagai setiausaha kelab kerdil ini dan sama2 menyertai rombongan kemana sahaja kejohanan ragbi yang akan diadakan tanpa memperdulikan penyakit ketumbuhan otak dan saraf. Sebelum itu beliau pernah merayu kepada penulis untuk diberi peluang meyemai bakti kepada ragbi dalam jangkamasa yang cukup terhad ini. " Bang gua merayu kek kau, bohgi den apo2 tugas dlm ragbi...umo den pun tak panjang lagi. Kok mati pun bia dalam ragbi" masih tergiang2 di telinga penulis.
Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan kedegilan supaya berihat dan memberi perhatian kepada kesihatan yang semakin kritikal.
Cikgu KHAIRIL ialah pelukis logo Kejohanan Royal 7's yang di terus diguna pakai sehingga hari ini. Logo yang cukup "simple" tetapi cukup senonim dengan kejohanan di Raja. Hulu keris berwarna kuning peta NS dan bilah keris mengambarkan angka 7 sempena format kejohanan 7 sebelah.
Penulis berkejar awal pagi tadi sebaik sahaja jenazah sampai dari KL. Ramai kawan-kawan seangkatan sewaktu sekolah beliau dulu dan guru-guru NS yang hadir.
Cikgu2 ragbi dan kawan-kawan ragbi yang turut Md Zin KGV, Md Zin Zaaba dan Presiden DPRC Kudin. Dan penulis cukup percaya lebih ramai lagi yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir setelah penulis beredar untuk meneruskan beberapa tugas yang menanti.
" Moga bro Khairil bersemadi dengan aman dan dikumpulkan bersama2 para Aulia Ambia"
Hilang seorang lagi kawan bergurau bertengkar yang cukup disayangi.
- al fatihah-
No comments:
Post a Comment