Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Ragbi Jemputan RMC 10's

From 2010_03_28


From RMC 10's 27 & 28 Mac 2010




DPRC Sukma NS telah membariskan pasukan ke 2 dlm menghadapi RMC 10's tempohari. Pasukan ini diberi tanggungjawab untuk mengalas dan menjadikan medan ujian kecergasan sepanjang latihan bersama-sama Team DPRC Sukma 1.

Pasukan ini yang membawa nama "DPRC-NS Pembangunan" telah mencapaikan pretasi yg cukup meyakinkan dengan tempat pertama ranking dan berjaya meloloskan diri hingga ke peringkat separuh akhir Cup. Tewas dengan Kuala Lumpur 2-3 yg membariskan pasukan berpengalaman dan pernah menyertai ARFU.

Pengurus Pasukan Pembangunan NS Bro. Ajoey yg dilatih dibawah jurulatih bro Killer dan Bro Komeng bersama-sama DPRC Sulma NS, kini mampu bersaing keperingat lebih tinggi sekiranya di beri peluang. Rata2 pemain2 ini dari tingkatan 4 & 5.

Insyaallah NS tidak akan ketandusan pemain. Sejarah NS menang 3 kali berturut2 di awal 1990an akan berulang dengan kelahiran pemain2 anak2 tempatan ini. Dan terima kasih tak terhingga sokongan moral dari MSN En Adzly dan senior DPRC bro Ross.

Insyallah...

Wednesday, March 3, 2010

Menyambut Kemenangan Di Dataran Jemapoh

DPRC Sukma Ns melepaskan lelah di Dataran Islah Jemapoh.
Dengan waktu yang cukup terbatas tetapi sempat meraikan kemenangan bersama abang ipin dan abang Kamaruzaman. Kegembiraan ini mendorong Kamaruzaman menyumbang kos makan malam tersebut.

Jelas kepuasan di setiap hati DPRC kejayaan yang mula menapak. Teruskan dengan program latihan fizikal dan kekuatan mental dengan lebih sistemetik dan tersusun. Kemuncaknya akan lebih terasa sekiranya DRPC Sukma NS ini berada di final Sukma Melaka awal Jun 2010.

Peminat dan penyumbang sentiasa di nanti-nantikan untuk kita bersama-sama meringankan perbelanjaan anak-anak muda ini.

Syabas dan Tahniah untuk Squad DPRC Sukma Ns dan Aswad yg terpilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir.



Tuesday, March 2, 2010

Kini DPRC mula melakar nama di Segamat 10's


Pada 27 & 28 feb 2010

Minggu lepas telah berlangsung Kejohanan Ragbi Segamat 10's bertempat di UITM Segamat..

Pada edisi kali ini pasukan pelatih SUKMA NS telah menyertai kejohanan ini..98% adalah dikalangan pemain-pemain DPRC yang terbaik mewakili pasukan ini.

Ini membuktikan keberhasilan pelan pembangunan pemain-pemain muda yang cukup sinonim dengan DPRC. Pasukan ini adalah pasukan yang akan mewakili Negeri Sembilan di SUKMA Melaka beberapa bulan lagi. maka penyertaan pasukan ini adalah dibawah kelolaan MSN NS.

Bermula dengan perjalanan seawal 10 pagi pada 26/02/10. Dengan menaiki 1 van(MSN) dan 2 kereta, perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk tiba di hotel penginapan di PINE CLASSIC HOTEL terletak di pusat bandar Segamat. Lewat petang sedikit aktiviti (workout) dijalankan di padang kejohanan (terima kasih pada bro ajis).

HARI PERTAMA (27/2/10-SABTU)

Perlawanan pertama, seawal jam 10.30 pagi menemukan DPRC SUKMA NS dengan WIRAWARI RC (Johor), dan menang dengan 3 try tanpa balas (keputusan penuh akan diberitahu kemudian).

Perlawanan kedua pula berlangsung dibawah terik matahari, menentang pasukan THUNDERCATS (tah kelab mano tah). THUNDERCATS mengejutkan pasukan SUKMA NS dengan try pertama, namun pemain-pemain tidak panik dan membalas dengan 3 try untuk meraih kemenagan kedua.

Dan pada sebelah petang, perlawanan yang ditunggu2 oleh sekalian penonton, DPRC SUKMA NS VS BLACKHAWK. Perlawanan ini boleh dianggap perlawanan ulangan semifinal Segamat 10's 2009 antara DPRC junior VS BLACKHAWK (waktu itu DPRC kalah 4 try).

Namun dendam kekalahan yang lepas akhirnya terlerai dengan DPRC SUKMA NS menang tipis 1 try.. satu perlawanan yang teramat menarik bagi mengakhiri hari pertama kejohanan, dengan sorak penonton sekeliling padang. umpama perlawanan akhir..
Namun kejayaan tidak datang mudah, hasil dari sistem ranking suku akhir menemukan semula SUKMA NS VS BLACKHAWK. semua termenung memikirkan esok..

HARI KEDUA (28/2/10-AHAD)

Hari yang ditunggu2, semua anggota pasukan pemain, jurulatih, pengurus, fisio, wakil MSN dan juga photografer (tq bro man) fokus terhadap perlawanan suku akhir ini.. sekeliling padang telah dipenuhi penonton dan pasukan2 lain sebelum wisel mula ditiup.. suasana seperti perlawanan utama(suku akhir lagi 1 xde orang tengok pn.. cian).

Perlawanan bermula, sukma diasak dengan permainan keras blackhawk.. namun pemain berjaya membuat pertahanan mantap, blackhawk alpa seketika, lantas memmerikan try pertama oleh amin.. separuh masa kedua, ditambah dengan 2 lagi try oleh poyo dan goncang, SUKMA NS melangkah ke semi final

Semifinal SUKMA NS berhadapan POLISAS Pahang dalam 1 perlawanan yang sukar.. mungkin disebabkan 2 perlawanan hebat sebelumnya para pemain keletihan dari aspek fizikal dan mental, dan hampir2 memberikan try awal pada POLISAS. separuh masa kedua hasil nasihat jurulatih mereka bangkit untuk melakukan try lewat permainan lantas layak ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir menemukan 2 wakil Negeri Sembilan, SUKMA NS vs SIKAMAT GUNNERS.. perlawanan berlangsung hebat(namun dibayangi kehebatan perlawanan SUKMA NS vs BLACKHAWK). SUKMA NS menang dengan 4 try berbalas 1.. kejayaan ini bertambah manis apabila pemain sayap utama ANWARRUL ASWAD dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Kejayaan ini menandakan bahawa program pembentukan pasukan ragbi SUKMA NS berada dilandasan yang tepat... semoga banyak lagi kejayaan yang akan diraih oleh para pemain2 muda ini..

SENARAI PEMAIN -

ASWAD, AMIN, MACHA, AM, TONGGEK, AJAK, JAMBU, DANGDUT, EMOON, ATOK, APIS, POYO, GONCANG, PILAH, IJAT DAN DOBOT..

SENARAI PEGAWAI
- EN AZLY(MSN), ABG AJOI(PENGURUS),

KILLER(JURULATIH)
,NOBIT (???), MR BATU(DREBAR), MAN&QUE(PHOTOGRAFI)






@Bro Luv@