Pada 27 & 28 feb 2010
Minggu lepas telah berlangsung Kejohanan Ragbi Segamat 10's bertempat di UITM Segamat..
Pada edisi kali ini pasukan pelatih SUKMA NS telah menyertai kejohanan ini..98% adalah dikalangan pemain-pemain DPRC yang terbaik mewakili pasukan ini.
Ini membuktikan keberhasilan pelan pembangunan pemain-pemain muda yang cukup sinonim dengan DPRC. Pasukan ini adalah pasukan yang akan mewakili Negeri Sembilan di SUKMA Melaka beberapa bulan lagi. maka penyertaan pasukan ini adalah dibawah kelolaan MSN NS.
Bermula dengan perjalanan seawal 10 pagi pada 26/02/10. Dengan menaiki 1 van(MSN) dan 2 kereta, perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk tiba di hotel penginapan di PINE CLASSIC HOTEL terletak di pusat bandar Segamat. Lewat petang sedikit aktiviti (workout) dijalankan di padang kejohanan (terima kasih pada bro ajis).
HARI PERTAMA (27/2/10-SABTU)
Perlawanan pertama, seawal jam 10.30 pagi menemukan DPRC SUKMA NS dengan WIRAWARI RC (Johor), dan menang dengan 3 try tanpa balas (keputusan penuh akan diberitahu kemudian).
Perlawanan kedua pula berlangsung dibawah terik matahari, menentang pasukan THUNDERCATS (tah kelab mano tah). THUNDERCATS mengejutkan pasukan SUKMA NS dengan try pertama, namun pemain-pemain tidak panik dan membalas dengan 3 try untuk meraih kemenagan kedua.
Dan pada sebelah petang, perlawanan yang ditunggu2 oleh sekalian penonton, DPRC SUKMA NS VS BLACKHAWK. Perlawanan ini boleh dianggap perlawanan ulangan semifinal Segamat 10's 2009 antara DPRC junior VS BLACKHAWK (waktu itu DPRC kalah 4 try).
Namun dendam kekalahan yang lepas akhirnya terlerai dengan DPRC SUKMA NS menang tipis 1 try.. satu perlawanan yang teramat menarik bagi mengakhiri hari pertama kejohanan, dengan sorak penonton sekeliling padang. umpama perlawanan akhir..
Namun kejayaan tidak datang mudah, hasil dari sistem ranking suku akhir menemukan semula SUKMA NS VS BLACKHAWK. semua termenung memikirkan esok..
HARI KEDUA (28/2/10-AHAD)
Hari yang ditunggu2, semua anggota pasukan pemain, jurulatih, pengurus, fisio, wakil MSN dan juga photografer (tq bro man) fokus terhadap perlawanan suku akhir ini.. sekeliling padang telah dipenuhi penonton dan pasukan2 lain sebelum wisel mula ditiup.. suasana seperti perlawanan utama(suku akhir lagi 1 xde orang tengok pn.. cian).
Perlawanan bermula, sukma diasak dengan permainan keras blackhawk.. namun pemain berjaya membuat pertahanan mantap, blackhawk alpa seketika, lantas memmerikan try pertama oleh amin.. separuh masa kedua, ditambah dengan 2 lagi try oleh poyo dan goncang, SUKMA NS melangkah ke semi final
Semifinal SUKMA NS berhadapan POLISAS Pahang dalam 1 perlawanan yang sukar.. mungkin disebabkan 2 perlawanan hebat sebelumnya para pemain keletihan dari aspek fizikal dan mental, dan hampir2 memberikan try awal pada POLISAS. separuh masa kedua hasil nasihat jurulatih mereka bangkit untuk melakukan try lewat permainan lantas layak ke perlawanan akhir.
Perlawanan akhir menemukan 2 wakil Negeri Sembilan, SUKMA NS vs SIKAMAT GUNNERS.. perlawanan berlangsung hebat(namun dibayangi kehebatan perlawanan SUKMA NS vs BLACKHAWK). SUKMA NS menang dengan 4 try berbalas 1.. kejayaan ini bertambah manis apabila pemain sayap utama ANWARRUL ASWAD dinobatkan pemain terbaik kejohanan.
Kejayaan ini menandakan bahawa program pembentukan pasukan ragbi SUKMA NS berada dilandasan yang tepat... semoga banyak lagi kejayaan yang akan diraih oleh para pemain2 muda ini..
SENARAI PEMAIN -
ASWAD, AMIN, MACHA, AM, TONGGEK, AJAK, JAMBU, DANGDUT, EMOON, ATOK, APIS, POYO, GONCANG, PILAH, IJAT DAN DOBOT..
SENARAI PEGAWAI - EN AZLY(MSN), ABG AJOI(PENGURUS),
KILLER(JURULATIH),NOBIT (???), MR BATU(DREBAR), MAN&QUE(PHOTOGRAFI)
@Bro Luv@
No comments:
Post a Comment