Wednesday, March 3, 2010

Menyambut Kemenangan Di Dataran Jemapoh

DPRC Sukma Ns melepaskan lelah di Dataran Islah Jemapoh.
Dengan waktu yang cukup terbatas tetapi sempat meraikan kemenangan bersama abang ipin dan abang Kamaruzaman. Kegembiraan ini mendorong Kamaruzaman menyumbang kos makan malam tersebut.

Jelas kepuasan di setiap hati DPRC kejayaan yang mula menapak. Teruskan dengan program latihan fizikal dan kekuatan mental dengan lebih sistemetik dan tersusun. Kemuncaknya akan lebih terasa sekiranya DRPC Sukma NS ini berada di final Sukma Melaka awal Jun 2010.

Peminat dan penyumbang sentiasa di nanti-nantikan untuk kita bersama-sama meringankan perbelanjaan anak-anak muda ini.

Syabas dan Tahniah untuk Squad DPRC Sukma Ns dan Aswad yg terpilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir.



No comments:

Post a Comment