Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah - DPRC mula diberi perhatian

MALAYSIA TUAN RUMAH ARFU SEVENS U19 2011
Written by Sufiani

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN RAGBI ASIA- ARFU AGM 2010 yang berlangsung di Dubai UAE baru-baru ini telah sebulat suara memutuskan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Bawah 19 Tahun 'ARFU Sevens U19'.

Menurut Naib Presiden 1 Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Tuan Haji Ibrahim Che Awang berkata kejohanan ARFU Sevens U19 akan berlangsung pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di Padang Dataran Bandaraya Johor. ARFU memperkenalkan secara rasmi kejohanan tujuh sepasukan Asia buat kali pertama tahun hadapan dan Malaysia bakal menerima kehadiran jaguh-jaguh ragbi bawah 19 tahun dari seluruh pelusuk Asia untuk mengejar gelaran di kejuaraan yang amat berprestij ini.

Remaja Negeri Sembilan dari Kelab De' Perpatih (Kuning) sudah menjuarai National Youth Sevens dua tahun berturut-turut (2009 dan 2010). Aset negara yang amat berharga.

" Kita memiliki 3 pemain bawah 19 tahun yang mewakili skuad senior di Sukan Asia baru-baru ini. Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka, kita mampu meraih kedudukan yang baik," ujar Tuan Hj Ibrahim Che Awang.

" Padang Dataran Bandaraya Johor merupakan venue yang sudah kita pilih. Kedudukannya amat strategik dan berhampiran dengan hotel-hotel yang mampu menampung keperluan penganjurannya," Ujar beliau lagi.


Sumber: Sukandaily

Saturday, December 18, 2010

Karnival 10's KRNS 2010


From Karnival Ragbi 10's Bekas2 Pelajar Ns



Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan menutup kalender 2010 tahun ini dengan menganjurkan karnival 10 sebelah sepasukan di padang Sek Men King George V petang tadi.


Karnival yang sederhana tapi cukup meriah adalah karnival yang senantiasa dinanti-nantikan ketibaanya. Di sinilah pentas untuk melepaskan kerinduan pertemuan bermain semula dan menjadi memori manis sewaktu dizaman persekolahan dulu.

Sebelum itu tumpuan pembangunan Kelab D'perpatih yang dibentuk sejak 5 tahun dulu telah membuahkan hasilnya dengan meraih johan dibeberapa kejohanan jemputan termasuk mewakili Negeri Sembilan 7 sebelah Kebangsaan. Dan Naib johan 2008 seterusnya Johan 2009 & 2010.

Jika dapat disusun semula program pembangunan KRNS ini setertib mungkin seperti melalui karnival ini, sudah pasti Ns tidak akan ketandusan pemain-pemain yang berkeliber.

Sejumlah 14 pasukan yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar Ns dan turut dimeriahkan dengan beberapa pasukan veteran.

Presiden KRNS Tuan Haji Jalil Borhanuddin telah menyempurnakan majlis penutup & penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.

Keputusan

Veteran : Johan : Sek Men Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah - ( 19 )
N Johan : Sek Men King George V - Seremban - ( 7) )

Bekas Pelajar: Johan : Sek Men Keb Zaaba Kuala Pilah - (14 )
Naib Johan : Sek Men King George V -( 12 )

Tahniah & Syabas

Tuesday, December 7, 2010

Dlm Kejayaan DPRC...teringat pulak sahabat kita Arwah Mazlan

From Abang Mazlan Dlm Kenangan
Berita 13hb Julai 2010

Pagi tadi sewaktu taklimat pagi....kami menerima panggilan talipon dari member DPRC, pengurus MBB Kuala Pilah En Zaini yang membawa berita sedih..tapi belum dapat kesahihannya

Sahabat dan ahli kelab ragbi De Perpatih...Abg Mazlan telah kembali ke rahmahtullah malam tadi. Selesainya sahaja taklimat pagi harian...kami membuat pengesahan dengan menghubungi sendiri talipon tangan arwah untuk mendapat kepastian.

Sah.....jawapan dari anak arwah sendiri Yusri...bahawa ayah beliau telah meninggalkan kita semua sekitar jam 1.am dikampong beliau Felda Lasah Sungai Siput Utara Perak..

Kami tak sampai hati untuk bertanya lanjut sebab2 kematian. Arwah telah dikebumikan di tanah wakaf kg Felda Lahan.

Sewaktu hayatnya, abg Mazlan bekas pengurus Felda Bukit Rokan & Kepis merupakan sahabat yang banyak membantu aktiviti2 DPRC termasuk sumbangan pembangunan sukan ragbi Negeri Sembilan.

Semoga roh arwah di tempatkan bersama2 para wali & ambia.

AMIN.....!!!

National 7's 2010 - U19-KRM-Milo. Ns mengulangi kejayaan




Seremban - Negeri Sembilan bawah 19 tahun
mengulangi kejayaan johan kali ke 2 berturut-turut Piala Remaja B19 KRM-Milo di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Ung Khek Cheow yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.

Anak didik "Killer dan Tuan Wan Shaharuddin" ini meletakan semula maruah Negeri Sembilan setelah Pasukan "senior" terkandas di peringkat separuh akhir ketika bertemu Kedah.
Negeri Sembilan telah kehilangan pemain DPRC Mamba Asward, pemain kebangsaan ketika sukan Asia Guangzhou yg sepatutnya bermain bersama2 pasukan "senior Ns" Mamba terpaksa direhatkan setelah mengalami patah kaki ketika bertemu pasukan India tempohari.

Ns B19 sedang mencuba mengulangi kejayaan johan berturut-turut rekod "senior" nya diawal 1992-1995 sewaktu ketika dulu.

Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)

Kesungguhan Jurulatih Bro. Killer dan Tuan Wan dalam membentuk pasukan ini dari awal lagi seharusnnya diberi pujian. Kengkangan kewangan tidak menjadi alasan utama (walau ianya teramat penting), untuk meletakan Ns B19 ini dimercu kejayaan. Walau bagaimana pun....DPRC memohon kepada semua pihak untuk memandang semula dan bersama-sama memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada kelab kerdil ini. Sementara itu anak2 DPRC yg melepasi umur 19 tahun ini telah diserapkan untuk menyertai pasukan "senior Ns"

Bersama2 ini juga lapuran dari : sukandaily(baca disini)

PIALA REMAJA B19 KRM-MILO: KELAB DE' PERPATIH TERUS JULANG NAMA NEGERI SEMBILAN
Written by Sufiani

Negeri Sembilan B19 di wakili oleh Kelab De' Perpatih

WISEL PENAMAT Pengadil KRM, Mohd Nasri di Final Cup Kejohanan Ragbi Remaja B19 KRM-Milo 2010 memastikan Negeri Sembilan Bawah 19 Tahun dinobatkan juara untuk kali ke-2 berturut-turut setelah menewaskan Kedah (35-0).

Kini Negeri Sembilan menjadi pasukan terkuat tujuh sepasukan remaja Malaysia. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa program pembangunan pasukan ragbi remaja Negeri Sembilan yang di dominasi sepenuhnya oleh Kelab De' Perpatih membawa tuah kepada negeri tersebut.

De' Perpatih ketika diberi mandat oleh Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (NSRU) untuk mewakili N Sembilan ke kejohanan remaja tahun 2009, SUKMA Melaka dan Kejohanan Remaja B19 KRM-Milo 2010 telah membuahkan hasil yang amat dibanggakan. Sukandaily melihat faktor kejayaan pasukan ini adalah disiplin para pemainnya dan semangat setiakawan dan kerjasama yang utuh dari kalangan mereka. Perilaku dan rasa hormat para pemain antara satu sama lain dan kepada pengurusan pasukan menjadi faktor terpenting jatuh bangunnya pasukan ini.

Dalam saingan peringkat kumpulan di Kejohanan Ragbi Remaja B19 KRM-Milo 2010, Negeri Sembilan B19 terlebih dahulu membenam Melaka (28-0) dan Kedah (12-10). Pusingan suku akhir cup/plate, mereka menewaskan Terengganu (29-0). Di separuh akhir cup, N Sembilan menewaskan Kelantan (26-5) dan Final Cup mereka dengan mudah menewaskan Kedah (35-0).

Di Final, N Sembilan B19 berjaya mengumpul mata penuh melalui 5 Goal. Dua try awal N Sembilan telah dilakukan oleh Mohd Faiz Yassin minit ke-4' dan minit ke-5 dan diikuti tiga lagi try masing-masing oleh Muhammad Irfan Shamshuddin, Mohd Alif Anuar dan Mohd Amir Shafiq Maddiah minit ke-6', minit ke-16' dan minit ke-17. Kelima-lima tendangan konversi berjaya disempurnakan oleh Mohd Arif Rosli. Dalam saingan final tersebut, Kedah tidak berjaya memungut sebarang mata.

Tahniah dan Syabas .......!!!!

Kelantan pula menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar.

Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.

KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010

Download: Keputusan Senior ( klik)
Carta Senior


Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)

Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)

Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)

Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)


KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010

Download:

Keputusan Junior (klik)

Carta Junior

Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)

Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)

Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)

Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)