Written by Sufiani |
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN RAGBI ASIA- ARFU AGM 2010 yang berlangsung di Dubai UAE baru-baru ini telah sebulat suara memutuskan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Bawah 19 Tahun 'ARFU Sevens U19'. Menurut Naib Presiden 1 Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Tuan Haji Ibrahim Che Awang berkata kejohanan ARFU Sevens U19 akan berlangsung pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di Padang Dataran Bandaraya Johor. ARFU memperkenalkan secara rasmi kejohanan tujuh sepasukan Asia buat kali pertama tahun hadapan dan Malaysia bakal menerima kehadiran jaguh-jaguh ragbi bawah 19 tahun dari seluruh pelusuk Asia untuk mengejar gelaran di kejuaraan yang amat berprestij ini. Remaja Negeri Sembilan dari Kelab De' Perpatih (Kuning) sudah menjuarai National Youth Sevens dua tahun berturut-turut (2009 dan 2010). Aset negara yang amat berharga. " Kita memiliki 3 pemain bawah 19 tahun yang mewakili skuad senior di Sukan Asia baru-baru ini. Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka, kita mampu meraih kedudukan yang baik," ujar Tuan Hj Ibrahim Che Awang. " Padang Dataran Bandaraya Johor merupakan venue yang sudah kita pilih. Kedudukannya amat strategik dan berhampiran dengan hotel-hotel yang mampu menampung keperluan penganjurannya," Ujar beliau lagi. |
Sumber: Sukandaily
No comments:
Post a Comment