

![]() | ||
Seremban - Negeri Sembilan bawah 19 tahun mengulangi kejayaan johan kali ke 2 berturut-turut Piala Remaja B19 KRM-Milo di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Ung Khek Cheow yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan. Anak didik "Killer dan Tuan Wan Shaharuddin" ini meletakan semula maruah Negeri Sembilan setelah Pasukan "senior" terkandas di peringkat separuh akhir ketika bertemu Kedah.Negeri Sembilan telah kehilangan pemain DPRC Mamba Asward, pemain kebangsaan ketika sukan Asia Guangzhou yg sepatutnya bermain bersama2 pasukan "senior Ns" Mamba terpaksa direhatkan setelah mengalami patah kaki ketika bertemu pasukan India tempohari. Ns B19 sedang mencuba mengulangi kejayaan johan berturut-turut rekod "senior" nya diawal 1992-1995 sewaktu ketika dulu. Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0) Kesungguhan Jurulatih Bro. Killer dan Tuan Wan dalam membentuk pasukan ini dari awal lagi seharusnnya diberi pujian. Kengkangan kewangan tidak menjadi alasan utama (walau ianya teramat penting), untuk meletakan Ns B19 ini dimercu kejayaan. Walau bagaimana pun....DPRC memohon kepada semua pihak untuk memandang semula dan bersama-sama memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada kelab kerdil ini. Sementara itu anak2 DPRC yg melepasi umur 19 tahun ini telah diserapkan untuk menyertai pasukan "senior Ns" Bersama2 ini juga lapuran dari : sukandaily(baca disini) PIALA REMAJA B19 KRM-MILO: KELAB DE' PERPATIH TERUS JULANG NAMA NEGERI SEMBILAN
Kelantan pula menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu. Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua. Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5. Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli. Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5). Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar. Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin. KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010 Download: Keputusan Senior ( klik)Carta Senior
Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5) KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010 Download: Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5) Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12) Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14) |
No comments:
Post a Comment