Friday, September 23, 2011

KHAIRIL Pelukis logo 'Royal 7's' meninggal dunia

From Kelab Ragbi De Perpateh (DPRC)


From JAMUAN RAYA 2009


From Liga NSRU 2010

Cikgu KHAIRIL ISMAIL meninggal dunia di HUKM Kuala Lumpur, kira-kira 3pagi tadi.
Diberitakan permasalahan susah buang air besar dan kecil dan berkemungkinan beberapa saluran tersumbat.

Allahyarham berusia 44 tahun meninggalkan balu Norjannah dan seorang anak lelaki. Jenazah akan dikebumikan selepas Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Melang Kuala Pilah.

Cikgu KHAIRIL yang berasal dari Taman Permai Gentam Kuala Pilah, mendapat pendidikannya di salah sebuah Maktab perguruan Negara merupakan salah seorang pelopor ragbi bawah 12 tahun yang terawal dan seterusnya mencipta sejarah ragbi NS Johan Kebangsaan pada tahun 1994.

Sewaktu bertugas di Sek Tuanku Muhammad NS diawal 2000, berjaya melahirkan pasukan dan beberapa pemain yang berbakat dan cukup disegani di Negeri Sembilan sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai Jurulatih Gimnastik. Dan menyambung minat beliau sebagai jurulatih ragbi di Sek Men Keb Undang Rembau hingga akhir hayat beliau bersama bekas pemain legenda negara UJANG FARID.

Beliau diserapkan sebagai Setiausaha Kehormat D' Perpatih Rugby Club untuk membantu En KILLER yang ditugaskan untuk menumpukan perhatian khusus pembangunan ragbi NS. Atas semangat dan komitmen yang tinggi terhadap sukan ragbi sanggup meredah ahli2 koporat dan politik mencari dana kelab demi bagi memastikan anak2 ragbi selesa dan perjalanan kelab berterusan untuk cuba bersaing dengan kelab yang ternama.

Allahyarham sangat dikenali dengan keberaniannya mengambil tanggungjawab sebagai setiausaha kelab kerdil ini dan sama2 menyertai rombongan kemana sahaja kejohanan ragbi yang akan diadakan tanpa memperdulikan penyakit ketumbuhan otak dan saraf. Sebelum itu beliau pernah merayu kepada penulis untuk diberi peluang meyemai bakti kepada ragbi dalam jangkamasa yang cukup terhad ini. " Bang gua merayu kek kau, bohgi den apo2 tugas dlm ragbi...umo den pun tak panjang lagi. Kok mati pun bia dalam ragbi" masih tergiang2 di telinga penulis.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan kedegilan supaya berihat dan memberi perhatian kepada kesihatan yang semakin kritikal.

Cikgu KHAIRIL ialah pelukis logo Kejohanan Royal 7's yang di terus diguna pakai sehingga hari ini. Logo yang cukup "simple" tetapi cukup senonim dengan kejohanan di Raja. Hulu keris berwarna kuning peta NS dan bilah keris mengambarkan angka 7 sempena format kejohanan 7 sebelah.

Penulis berkejar awal pagi tadi sebaik sahaja jenazah sampai dari KL. Ramai kawan-kawan seangkatan sewaktu sekolah beliau dulu dan guru-guru NS yang hadir.

Cikgu2 ragbi dan kawan-kawan ragbi yang turut Md Zin KGV, Md Zin Zaaba dan Presiden DPRC Kudin. Dan penulis cukup percaya lebih ramai lagi yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir setelah penulis beredar untuk meneruskan beberapa tugas yang menanti.

" Moga bro Khairil bersemadi dengan aman dan dikumpulkan bersama2 para Aulia Ambia"

Hilang seorang lagi kawan bergurau bertengkar yang cukup disayangi.

- al fatihah-

Sunday, September 11, 2011

Demam Ragbi bermula



http://www.worldcup2011.com/

Rugby World Cup 2011 Match Schedule


This edition is a transcription of an online edition currently in the possession of RWC Ltd. This edition is a Malaysian pain-staking self-modified template for the convenience of Astro viewers (This kind of compilation nowhere to be found not even in Astro website)

Time zone different (NZ four (4) hours ahead of Malaysia)

No Day & Date Time (NZ) Time (Msia) Pool Match Details ASTRO Channel

1 Fri Sept 9 20:30 16:30 A New Zealand v Tonga 817
2 Sat Sept 10 13:00 9:00 B Scotland v Romania 817
3 Sat Sept 10 15:30 11:30 D Fiji v Namibia 817
4 Sat Sept 10 18:00 14:00 A France v Japan 817
5 Sat Sept 10 20:30 16:30 B Argentina v England 817
6 Sun Sept 11 15:30 11:30 C Australia v Italy 817
7 Sun Sept 11 18:00 14:00 C Ireland v USA 817
8 Sun Sept 11 20:30 16:30 D South Africa v Wales 817
9 Wed Sept 14 14:30 10:30 D Samoa v Namibia 817
10 Wed Sept 14 17:00 13:00 A Tonga v Canada 817
11 Wed Sept 14 19:30 15:30 B Scotland v Georgia 817
12 Thurs Sept 15 19:30 15:30 C Russia v USA 817
13 Fri Sept 16 20:00 16:00 A New Zealand v Japan 817
14 Sat Sept 17 15:30 11:30 B Argentina v Romania 817
15 Sat Sept 17 18:00 14:00 D South Africa v Fiji 817
16 Sat Sept 17 20:30 16:30 C Australia v Ireland 817
17 Sun Sept 18 15:30 11:30 D Wales v Samoa 817
18 Sun Sept 18 18:00 14:00 B England v Georgia 817
19 Sun Sept 18 20:30 16:30 A France v Canada 817
20 Tues Sept 20 19:30 15:30 C Italy v Russia 817
21 Wed Sept 21 19:30 15:30 A Tonga v Japan 817
22 Thurs Sept 22 20:00 16:00 D South Africa v Namibia 817
23 Fri Sept 23 20:30 16:30 C Australia v USA 817
24 Sat Sept 24 18:00 14:00 B England v Romania 817
25 Sat Sept 24 20:30 16:30 A New Zealand v France 817
26 Sun Sept 25 15:00 11:30 D Fiji v Samoa 817
27 Sun Sept 25 18:00 14:00 C Ireland v Russia 817
28 Sun Sept 25 20:30 16:30 B Argentina v Scotland 817
29 Mon Sept 26 19:30 15:30 D Wales v Namibia 817
30 Tues Sept 27 17:00 13:00 A Canada v Japan 817
31 Tues Sept 27 19:30 15:30 C Italy v USA 817
32 Wed Sept 28 19:30 15:30 B Georgia v Romania 817
33 Fri Sept 30 20:30 16:30 D South Africa v Samoa 817
34 Sat Oct 1 15:30 11:30 C Australia v Russia 817
35 Sat Oct 1 18:00 14:00 A France v Tonga 817
36 Sat Oct 1 20:30 16:30 B England v Scotland 817
37 Sun Oct 2 13:00 9:00 B Argentina v Georgia 817
38 Sun Oct 2 15:00 11:30 A New Zealand v Canada 817
39 Sun Oct 2 18:00 14:00 D Wales v Fiji 817
40 Sun Oct 2 20:30 16:30 C Ireland v Italy 817
41 Sat Oct 8 18:00 14:00 QF1 W Pool C v RU Pool D 817
42 Sat Oct 8 20:30 16:30 QF2 W Pool B v RU Pool A 817
43 Sun Oct 9 18:00 14:00 QF3 W Pool D v RU Pool C 817
44 Sun Oct 9 20:30 16:30 QF4 W Pool A v RU Pool B 817
45 Sat Oct 15 21:00 17:00 SF1 W QF1 v W QF2 817
46 Sun Oct 16 21:00 17:00 SF2 W QF3 v W QF4 817
47 Fri Oct 21 20:30 16:30 3rd/4th Loser SF1 v Loser SF2 817
48 Sun Oct 23 21:00 17:00 Final W SF1 v W SF2 817

Sunday, July 3, 2011

14TH NS ROYAL 7S: CABARAN SENGIT KATEGORI KELAB


Sidang Akhbar 14th NS Royal Sevens di Kelab DiRaja Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2011 - NS ROYAL SEVENS Edisi ke-14 kembali menyemarakkan arena ragbi tanahair bulan Julai ini. Kejohanan yang bakal berlangsung selama dua (2) hari pada 2 & 3 Julai 2011 bertempat di Padang Perbandaran Seremban akan menampilkan empat puluh (40) pasukan ternama bertanding dari dalam dan luar negara.

Dua kategori dipertandingkan; Kategori Kelab Terbuka (Open Club) 24 pasukan dan 16 pasukan Kategori Bawah 19 tahun (Under 19).

Presiden NSRU, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin

Menurut Presiden Persatuan Ragbi Negeri Sembilan, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin berkata NS Wanderers dan Cobra menjadi pasukan pilihan bagi edisi kali ini namun kehadiran pasukan-pasukan seperti Keris Conlay, Sibu RC, Asas RC dan Scorpion Putrajaya dlihat sebagai pasukan pencabar terdekat yang tidak boleh dipandang ringan.

" NS Royal 7s akan memberi pendedahan kepada pemain-pemain ragbi kita untuk bersaing dengan pasukan yang menurunkan pemain berstatus profesional. Kita tidak boleh ketinggalan di belakang negara-negara lain di rantau ini dan pemain kita perlu berani menghadapi cabaran," Ujar Tuan Hj Abdul Jalil Borhanuddin.

Pasukan berstatus kelab dari luar negara yang turut menyertai kejuaraan tahun ini ialah Universiti Prince Of Songkhla Thailand, Singapore Police dan Singapore Beduk King. Kategori bawah 19 tahun bakal menyaksikan kehadiran pasukan dari Afrika Selatan, Trafalgar High School.

Dua Puluh Empat (24) pasukan kelab menyertai kejuaraan edisi kali ini ialah NS Wanderers, Cobra, TsunaMI Bandar Penawar, Keris Conlay, Scorpion Putrajaya RC, Sibu RC, Asas RC, Singapore Polis, Singapore Beduk King, University Prince Of Songkhla, Sahoca, Polis bersatu, ATM JLJ, ATM RAMD, ATM Sikamat Gunners, De Perpatih RC, NS Rhino, NS Colts (Dprc NS Sukma-2011), NS Junior (Barbarian), Kota Tinggi Hunter, Muar Musketeers, Malacca High School Old Boys, Universiti Islam Malaysia, Royal Selangor Club

Gelanggang ini telah memberi satu lagi peluang untuk DPRC menurunkan pemain-pemain yang tak berkesempatan bermain format 7 sebelah sebelum ini.

Pengurus En Norbit dalam kesibukan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, dengan nekad akan cuba memberi cabaran dan persembahan yang menarik walau pun pasukan ini hanya dibantu kewangan oleh beberapa rakan-rakan kelab.

Sementara itu DPRC Sukma (NS Colts) dibawah seliaan Tuan Wan Saharuddin dan jurulatih Killer akan mengambil kesempatan ini bagi mematangkan pemain-pemain untuk berhadapan ujian yang lebih getir berhadapan dengan pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa.

Wednesday, June 22, 2011

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN
Written by Sufiani

King George V 'A' Kekal Juara Piala Tunku Naquiyuddin

SEREMBAN, 20 Jun 2011 - KING GEORGE V kekalkan prestasi cemerlang semalam setelah di nobat Juara Kejohanan Ragbi 7's Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan untuk merebut Piala Tunku Naquiyuddin. Kejuaraan edisi ke-14 ini telah berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai gelanggang pemanas badan sebelum menjelangnya Kejohanan Antarabangsa NS Royal Sevens yang dijadualkan pada 2 dan 3 Julai ini.

Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri khususnya dan negara amnya.

Dua puluh empat (24) sekolah bersaing dalam lapan kumpulan dikejuaraan semalam dan SMK King George V (KGV) selaku juara bertahan diletak sebagai pasukan pilihan.

Keputusan Akhir Piala Naqiuyuddin 2011:


Kategori CUP

SMK King George V 'A' tewaskan SDAR (26-14)

Kategori PLATE

SMK Tuanku Muhammad tewaskan SMK Tunku Syed Idrus (26-00)

Kategori BOWL

STJ menewaskan SMK King George V 'B' (19-17)

Kategori SHIELD

SDAR tewaskan SMK Undang Rembau (19-05)

Wednesday, February 9, 2011

Al-Fatihah @ Negeri Sembilan kehilangan rakan2 serentak


From Otet


From Otet
Kami dikejutkan dengan berita sedih....Setelah selesai sahaja mesyuarat KRNS malam tadi di Spanish Villa sekitar jam 11pm. 2 rakan sepermainan kami telah kembali kerahmatullah.

Otet (Fadhar Hussin) bekas pemain Ns, posisi Prop-salah seorang pemain yg sama2 membentuk kebangkitan kecermelangan ragbi Ns diawal 1980 an & 1990an, meninggal dunia menderita kanser tulang. Jenazah arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan sekitar Kuala Lumpur.

Ramai jugak rakan2 lama arwah berkesempatan menziarahi untuk kali terakhir tengahari tadi.
Manakala rakan2 dari daerah Seremban, Towkey, Roy & Ajoey turut hadhir.

Sementara itu....Bekas pemain remaja Poing (nama sebenar tak ingat), dari SDAR, terkorban ditembak polis di kediaman orang tua arwah di Bahau petang semalam. Pemain posisi sayap yang cukup digeruni, "tackler" yang keras dan berani walau bertubuh kecil. Turut membantu beberapa siri kejohanan remaja bawah 21 tahun dan Sukma 1992 di Johor.

Kali terakhir penulis berjumpa beliau. 3 bulan yang lalu setelah berhenti dari Maybank dan Genting resort kerana masalah kesihatan. Beliau menyambung kerja2 arwah ayah beliau sebagai peniaga makanan dan petani.

Sumber yg diterima, keengganan beliau untuk mengambil ubat penenang dari klinik yg berdekatan setelah didesak keluarga adalah punca keributan dan telah berakhir dengan kematian.

Lapuran berita:

Polis Tembak Mati Lelaki Mengamuk Serang Polis Dengan Parang

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, pada Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata pada kira-kira pukul 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.

Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.

"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sjn Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, pada Rabu.

Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - BERNAMA

Polis parah kena tetak

SEREMBAN – Seorang polis menjadi mangsa amuk seorang pemuda yang dipercayai mengalami gangguan mental di Taman Chempaka Jalan Rompin, dekat Bahau, petang kelmarin.

Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang berukuran 42 sentimeter oleh suspek.

Akibat kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang selepas salah seorang daripada tiga polis yang bergegas ke tempat kejadian melepaskan tembakan menggunakan ‘Taser Gun’ iaitu senjata untuk pelali bagi mengelakkan ancaman bahaya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, sebelum itu, Abdul Rahim bersama tiga rakan sejawatnya cuba memujuk pemuda berkenaan daripada terus mengamuk tetapi tidak berjaya sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan.

“Bagaimanapun, suspek bertambah agresif dan terus menyerang mangsa menggunakan parang di rumah suspek.

“Pergelutan yang berlaku antara mangsa dan suspek dari bilik ke ruang tamu di rumah teres itu tidak berhenti lalu memaksa seorang lagi polis melepaskan satu tembakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam pergelutan itu, suspek berumur 30-an yang juga penganggur mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan di pipi.

Sementara itu, Abdul Rahim yang cedera parah dengan kesan empat tetakan di kepalanya dikenakan jahitan di dahi, tepi kepala, dagu dan satu jahitan di telinga.

Osman berkata, mangsa yang bertugas di Unit Peronda Balai Polis Bahau itu turut mengalami luka di bahu.

“Polis belum mengenal pasti punca kejadian amuk itu dan siasatan akan terus dilakukan,” katanya.

Menurutnya, polis juga akan menyoal siasat keluarga suspek kerana mungkin sebelum ini suspek pernah mendapat rawatan sakit mental.

1- Polis tembak mati lelaki mengamuk serang polis dengan parang

Semoga dihimpunkan bersama2 orang yg beriman.
-Amin-