Friday, September 23, 2011

KHAIRIL Pelukis logo 'Royal 7's' meninggal dunia

From Kelab Ragbi De Perpateh (DPRC)


From JAMUAN RAYA 2009


From Liga NSRU 2010

Cikgu KHAIRIL ISMAIL meninggal dunia di HUKM Kuala Lumpur, kira-kira 3pagi tadi.
Diberitakan permasalahan susah buang air besar dan kecil dan berkemungkinan beberapa saluran tersumbat.

Allahyarham berusia 44 tahun meninggalkan balu Norjannah dan seorang anak lelaki. Jenazah akan dikebumikan selepas Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Melang Kuala Pilah.

Cikgu KHAIRIL yang berasal dari Taman Permai Gentam Kuala Pilah, mendapat pendidikannya di salah sebuah Maktab perguruan Negara merupakan salah seorang pelopor ragbi bawah 12 tahun yang terawal dan seterusnya mencipta sejarah ragbi NS Johan Kebangsaan pada tahun 1994.

Sewaktu bertugas di Sek Tuanku Muhammad NS diawal 2000, berjaya melahirkan pasukan dan beberapa pemain yang berbakat dan cukup disegani di Negeri Sembilan sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai Jurulatih Gimnastik. Dan menyambung minat beliau sebagai jurulatih ragbi di Sek Men Keb Undang Rembau hingga akhir hayat beliau bersama bekas pemain legenda negara UJANG FARID.

Beliau diserapkan sebagai Setiausaha Kehormat D' Perpatih Rugby Club untuk membantu En KILLER yang ditugaskan untuk menumpukan perhatian khusus pembangunan ragbi NS. Atas semangat dan komitmen yang tinggi terhadap sukan ragbi sanggup meredah ahli2 koporat dan politik mencari dana kelab demi bagi memastikan anak2 ragbi selesa dan perjalanan kelab berterusan untuk cuba bersaing dengan kelab yang ternama.

Allahyarham sangat dikenali dengan keberaniannya mengambil tanggungjawab sebagai setiausaha kelab kerdil ini dan sama2 menyertai rombongan kemana sahaja kejohanan ragbi yang akan diadakan tanpa memperdulikan penyakit ketumbuhan otak dan saraf. Sebelum itu beliau pernah merayu kepada penulis untuk diberi peluang meyemai bakti kepada ragbi dalam jangkamasa yang cukup terhad ini. " Bang gua merayu kek kau, bohgi den apo2 tugas dlm ragbi...umo den pun tak panjang lagi. Kok mati pun bia dalam ragbi" masih tergiang2 di telinga penulis.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan kedegilan supaya berihat dan memberi perhatian kepada kesihatan yang semakin kritikal.

Cikgu KHAIRIL ialah pelukis logo Kejohanan Royal 7's yang di terus diguna pakai sehingga hari ini. Logo yang cukup "simple" tetapi cukup senonim dengan kejohanan di Raja. Hulu keris berwarna kuning peta NS dan bilah keris mengambarkan angka 7 sempena format kejohanan 7 sebelah.

Penulis berkejar awal pagi tadi sebaik sahaja jenazah sampai dari KL. Ramai kawan-kawan seangkatan sewaktu sekolah beliau dulu dan guru-guru NS yang hadir.

Cikgu2 ragbi dan kawan-kawan ragbi yang turut Md Zin KGV, Md Zin Zaaba dan Presiden DPRC Kudin. Dan penulis cukup percaya lebih ramai lagi yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir setelah penulis beredar untuk meneruskan beberapa tugas yang menanti.

" Moga bro Khairil bersemadi dengan aman dan dikumpulkan bersama2 para Aulia Ambia"

Hilang seorang lagi kawan bergurau bertengkar yang cukup disayangi.

- al fatihah-

Sunday, September 11, 2011

Demam Ragbi bermula



http://www.worldcup2011.com/

Rugby World Cup 2011 Match Schedule


This edition is a transcription of an online edition currently in the possession of RWC Ltd. This edition is a Malaysian pain-staking self-modified template for the convenience of Astro viewers (This kind of compilation nowhere to be found not even in Astro website)

Time zone different (NZ four (4) hours ahead of Malaysia)

No Day & Date Time (NZ) Time (Msia) Pool Match Details ASTRO Channel

1 Fri Sept 9 20:30 16:30 A New Zealand v Tonga 817
2 Sat Sept 10 13:00 9:00 B Scotland v Romania 817
3 Sat Sept 10 15:30 11:30 D Fiji v Namibia 817
4 Sat Sept 10 18:00 14:00 A France v Japan 817
5 Sat Sept 10 20:30 16:30 B Argentina v England 817
6 Sun Sept 11 15:30 11:30 C Australia v Italy 817
7 Sun Sept 11 18:00 14:00 C Ireland v USA 817
8 Sun Sept 11 20:30 16:30 D South Africa v Wales 817
9 Wed Sept 14 14:30 10:30 D Samoa v Namibia 817
10 Wed Sept 14 17:00 13:00 A Tonga v Canada 817
11 Wed Sept 14 19:30 15:30 B Scotland v Georgia 817
12 Thurs Sept 15 19:30 15:30 C Russia v USA 817
13 Fri Sept 16 20:00 16:00 A New Zealand v Japan 817
14 Sat Sept 17 15:30 11:30 B Argentina v Romania 817
15 Sat Sept 17 18:00 14:00 D South Africa v Fiji 817
16 Sat Sept 17 20:30 16:30 C Australia v Ireland 817
17 Sun Sept 18 15:30 11:30 D Wales v Samoa 817
18 Sun Sept 18 18:00 14:00 B England v Georgia 817
19 Sun Sept 18 20:30 16:30 A France v Canada 817
20 Tues Sept 20 19:30 15:30 C Italy v Russia 817
21 Wed Sept 21 19:30 15:30 A Tonga v Japan 817
22 Thurs Sept 22 20:00 16:00 D South Africa v Namibia 817
23 Fri Sept 23 20:30 16:30 C Australia v USA 817
24 Sat Sept 24 18:00 14:00 B England v Romania 817
25 Sat Sept 24 20:30 16:30 A New Zealand v France 817
26 Sun Sept 25 15:00 11:30 D Fiji v Samoa 817
27 Sun Sept 25 18:00 14:00 C Ireland v Russia 817
28 Sun Sept 25 20:30 16:30 B Argentina v Scotland 817
29 Mon Sept 26 19:30 15:30 D Wales v Namibia 817
30 Tues Sept 27 17:00 13:00 A Canada v Japan 817
31 Tues Sept 27 19:30 15:30 C Italy v USA 817
32 Wed Sept 28 19:30 15:30 B Georgia v Romania 817
33 Fri Sept 30 20:30 16:30 D South Africa v Samoa 817
34 Sat Oct 1 15:30 11:30 C Australia v Russia 817
35 Sat Oct 1 18:00 14:00 A France v Tonga 817
36 Sat Oct 1 20:30 16:30 B England v Scotland 817
37 Sun Oct 2 13:00 9:00 B Argentina v Georgia 817
38 Sun Oct 2 15:00 11:30 A New Zealand v Canada 817
39 Sun Oct 2 18:00 14:00 D Wales v Fiji 817
40 Sun Oct 2 20:30 16:30 C Ireland v Italy 817
41 Sat Oct 8 18:00 14:00 QF1 W Pool C v RU Pool D 817
42 Sat Oct 8 20:30 16:30 QF2 W Pool B v RU Pool A 817
43 Sun Oct 9 18:00 14:00 QF3 W Pool D v RU Pool C 817
44 Sun Oct 9 20:30 16:30 QF4 W Pool A v RU Pool B 817
45 Sat Oct 15 21:00 17:00 SF1 W QF1 v W QF2 817
46 Sun Oct 16 21:00 17:00 SF2 W QF3 v W QF4 817
47 Fri Oct 21 20:30 16:30 3rd/4th Loser SF1 v Loser SF2 817
48 Sun Oct 23 21:00 17:00 Final W SF1 v W SF2 817

Sunday, July 3, 2011

14TH NS ROYAL 7S: CABARAN SENGIT KATEGORI KELAB


Sidang Akhbar 14th NS Royal Sevens di Kelab DiRaja Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2011 - NS ROYAL SEVENS Edisi ke-14 kembali menyemarakkan arena ragbi tanahair bulan Julai ini. Kejohanan yang bakal berlangsung selama dua (2) hari pada 2 & 3 Julai 2011 bertempat di Padang Perbandaran Seremban akan menampilkan empat puluh (40) pasukan ternama bertanding dari dalam dan luar negara.

Dua kategori dipertandingkan; Kategori Kelab Terbuka (Open Club) 24 pasukan dan 16 pasukan Kategori Bawah 19 tahun (Under 19).

Presiden NSRU, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin

Menurut Presiden Persatuan Ragbi Negeri Sembilan, Tuan Hj Abd. Jalil Hj Borhanuddin berkata NS Wanderers dan Cobra menjadi pasukan pilihan bagi edisi kali ini namun kehadiran pasukan-pasukan seperti Keris Conlay, Sibu RC, Asas RC dan Scorpion Putrajaya dlihat sebagai pasukan pencabar terdekat yang tidak boleh dipandang ringan.

" NS Royal 7s akan memberi pendedahan kepada pemain-pemain ragbi kita untuk bersaing dengan pasukan yang menurunkan pemain berstatus profesional. Kita tidak boleh ketinggalan di belakang negara-negara lain di rantau ini dan pemain kita perlu berani menghadapi cabaran," Ujar Tuan Hj Abdul Jalil Borhanuddin.

Pasukan berstatus kelab dari luar negara yang turut menyertai kejuaraan tahun ini ialah Universiti Prince Of Songkhla Thailand, Singapore Police dan Singapore Beduk King. Kategori bawah 19 tahun bakal menyaksikan kehadiran pasukan dari Afrika Selatan, Trafalgar High School.

Dua Puluh Empat (24) pasukan kelab menyertai kejuaraan edisi kali ini ialah NS Wanderers, Cobra, TsunaMI Bandar Penawar, Keris Conlay, Scorpion Putrajaya RC, Sibu RC, Asas RC, Singapore Polis, Singapore Beduk King, University Prince Of Songkhla, Sahoca, Polis bersatu, ATM JLJ, ATM RAMD, ATM Sikamat Gunners, De Perpatih RC, NS Rhino, NS Colts (Dprc NS Sukma-2011), NS Junior (Barbarian), Kota Tinggi Hunter, Muar Musketeers, Malacca High School Old Boys, Universiti Islam Malaysia, Royal Selangor Club

Gelanggang ini telah memberi satu lagi peluang untuk DPRC menurunkan pemain-pemain yang tak berkesempatan bermain format 7 sebelah sebelum ini.

Pengurus En Norbit dalam kesibukan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, dengan nekad akan cuba memberi cabaran dan persembahan yang menarik walau pun pasukan ini hanya dibantu kewangan oleh beberapa rakan-rakan kelab.

Sementara itu DPRC Sukma (NS Colts) dibawah seliaan Tuan Wan Saharuddin dan jurulatih Killer akan mengambil kesempatan ini bagi mematangkan pemain-pemain untuk berhadapan ujian yang lebih getir berhadapan dengan pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa.

Wednesday, June 22, 2011

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN

SMK KING GEORGE V 'A' JUARA PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN
Written by Sufiani

King George V 'A' Kekal Juara Piala Tunku Naquiyuddin

SEREMBAN, 20 Jun 2011 - KING GEORGE V kekalkan prestasi cemerlang semalam setelah di nobat Juara Kejohanan Ragbi 7's Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan untuk merebut Piala Tunku Naquiyuddin. Kejuaraan edisi ke-14 ini telah berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai gelanggang pemanas badan sebelum menjelangnya Kejohanan Antarabangsa NS Royal Sevens yang dijadualkan pada 2 dan 3 Julai ini.

Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri khususnya dan negara amnya.

Dua puluh empat (24) sekolah bersaing dalam lapan kumpulan dikejuaraan semalam dan SMK King George V (KGV) selaku juara bertahan diletak sebagai pasukan pilihan.

Keputusan Akhir Piala Naqiuyuddin 2011:


Kategori CUP

SMK King George V 'A' tewaskan SDAR (26-14)

Kategori PLATE

SMK Tuanku Muhammad tewaskan SMK Tunku Syed Idrus (26-00)

Kategori BOWL

STJ menewaskan SMK King George V 'B' (19-17)

Kategori SHIELD

SDAR tewaskan SMK Undang Rembau (19-05)

Wednesday, February 9, 2011

Al-Fatihah @ Negeri Sembilan kehilangan rakan2 serentak


From Otet


From Otet
Kami dikejutkan dengan berita sedih....Setelah selesai sahaja mesyuarat KRNS malam tadi di Spanish Villa sekitar jam 11pm. 2 rakan sepermainan kami telah kembali kerahmatullah.

Otet (Fadhar Hussin) bekas pemain Ns, posisi Prop-salah seorang pemain yg sama2 membentuk kebangkitan kecermelangan ragbi Ns diawal 1980 an & 1990an, meninggal dunia menderita kanser tulang. Jenazah arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan sekitar Kuala Lumpur.

Ramai jugak rakan2 lama arwah berkesempatan menziarahi untuk kali terakhir tengahari tadi.
Manakala rakan2 dari daerah Seremban, Towkey, Roy & Ajoey turut hadhir.

Sementara itu....Bekas pemain remaja Poing (nama sebenar tak ingat), dari SDAR, terkorban ditembak polis di kediaman orang tua arwah di Bahau petang semalam. Pemain posisi sayap yang cukup digeruni, "tackler" yang keras dan berani walau bertubuh kecil. Turut membantu beberapa siri kejohanan remaja bawah 21 tahun dan Sukma 1992 di Johor.

Kali terakhir penulis berjumpa beliau. 3 bulan yang lalu setelah berhenti dari Maybank dan Genting resort kerana masalah kesihatan. Beliau menyambung kerja2 arwah ayah beliau sebagai peniaga makanan dan petani.

Sumber yg diterima, keengganan beliau untuk mengambil ubat penenang dari klinik yg berdekatan setelah didesak keluarga adalah punca keributan dan telah berakhir dengan kematian.

Lapuran berita:

Polis Tembak Mati Lelaki Mengamuk Serang Polis Dengan Parang

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, pada Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata pada kira-kira pukul 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.

Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.

"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sjn Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, pada Rabu.

Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - BERNAMA

Polis parah kena tetak

SEREMBAN – Seorang polis menjadi mangsa amuk seorang pemuda yang dipercayai mengalami gangguan mental di Taman Chempaka Jalan Rompin, dekat Bahau, petang kelmarin.

Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang berukuran 42 sentimeter oleh suspek.

Akibat kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang selepas salah seorang daripada tiga polis yang bergegas ke tempat kejadian melepaskan tembakan menggunakan ‘Taser Gun’ iaitu senjata untuk pelali bagi mengelakkan ancaman bahaya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, sebelum itu, Abdul Rahim bersama tiga rakan sejawatnya cuba memujuk pemuda berkenaan daripada terus mengamuk tetapi tidak berjaya sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan.

“Bagaimanapun, suspek bertambah agresif dan terus menyerang mangsa menggunakan parang di rumah suspek.

“Pergelutan yang berlaku antara mangsa dan suspek dari bilik ke ruang tamu di rumah teres itu tidak berhenti lalu memaksa seorang lagi polis melepaskan satu tembakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam pergelutan itu, suspek berumur 30-an yang juga penganggur mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan di pipi.

Sementara itu, Abdul Rahim yang cedera parah dengan kesan empat tetakan di kepalanya dikenakan jahitan di dahi, tepi kepala, dagu dan satu jahitan di telinga.

Osman berkata, mangsa yang bertugas di Unit Peronda Balai Polis Bahau itu turut mengalami luka di bahu.

“Polis belum mengenal pasti punca kejadian amuk itu dan siasatan akan terus dilakukan,” katanya.

Menurutnya, polis juga akan menyoal siasat keluarga suspek kerana mungkin sebelum ini suspek pernah mendapat rawatan sakit mental.

1- Polis tembak mati lelaki mengamuk serang polis dengan parang

Semoga dihimpunkan bersama2 orang yg beriman.
-Amin-

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah - DPRC mula diberi perhatian

MALAYSIA TUAN RUMAH ARFU SEVENS U19 2011
Written by Sufiani

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN RAGBI ASIA- ARFU AGM 2010 yang berlangsung di Dubai UAE baru-baru ini telah sebulat suara memutuskan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Bawah 19 Tahun 'ARFU Sevens U19'.

Menurut Naib Presiden 1 Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Tuan Haji Ibrahim Che Awang berkata kejohanan ARFU Sevens U19 akan berlangsung pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di Padang Dataran Bandaraya Johor. ARFU memperkenalkan secara rasmi kejohanan tujuh sepasukan Asia buat kali pertama tahun hadapan dan Malaysia bakal menerima kehadiran jaguh-jaguh ragbi bawah 19 tahun dari seluruh pelusuk Asia untuk mengejar gelaran di kejuaraan yang amat berprestij ini.

Remaja Negeri Sembilan dari Kelab De' Perpatih (Kuning) sudah menjuarai National Youth Sevens dua tahun berturut-turut (2009 dan 2010). Aset negara yang amat berharga.

" Kita memiliki 3 pemain bawah 19 tahun yang mewakili skuad senior di Sukan Asia baru-baru ini. Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka, kita mampu meraih kedudukan yang baik," ujar Tuan Hj Ibrahim Che Awang.

" Padang Dataran Bandaraya Johor merupakan venue yang sudah kita pilih. Kedudukannya amat strategik dan berhampiran dengan hotel-hotel yang mampu menampung keperluan penganjurannya," Ujar beliau lagi.


Sumber: Sukandaily

Saturday, December 18, 2010

Karnival 10's KRNS 2010


From Karnival Ragbi 10's Bekas2 Pelajar Ns



Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan menutup kalender 2010 tahun ini dengan menganjurkan karnival 10 sebelah sepasukan di padang Sek Men King George V petang tadi.


Karnival yang sederhana tapi cukup meriah adalah karnival yang senantiasa dinanti-nantikan ketibaanya. Di sinilah pentas untuk melepaskan kerinduan pertemuan bermain semula dan menjadi memori manis sewaktu dizaman persekolahan dulu.

Sebelum itu tumpuan pembangunan Kelab D'perpatih yang dibentuk sejak 5 tahun dulu telah membuahkan hasilnya dengan meraih johan dibeberapa kejohanan jemputan termasuk mewakili Negeri Sembilan 7 sebelah Kebangsaan. Dan Naib johan 2008 seterusnya Johan 2009 & 2010.

Jika dapat disusun semula program pembangunan KRNS ini setertib mungkin seperti melalui karnival ini, sudah pasti Ns tidak akan ketandusan pemain-pemain yang berkeliber.

Sejumlah 14 pasukan yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar Ns dan turut dimeriahkan dengan beberapa pasukan veteran.

Presiden KRNS Tuan Haji Jalil Borhanuddin telah menyempurnakan majlis penutup & penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.

Keputusan

Veteran : Johan : Sek Men Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah - ( 19 )
N Johan : Sek Men King George V - Seremban - ( 7) )

Bekas Pelajar: Johan : Sek Men Keb Zaaba Kuala Pilah - (14 )
Naib Johan : Sek Men King George V -( 12 )

Tahniah & Syabas

Tuesday, December 7, 2010

Dlm Kejayaan DPRC...teringat pulak sahabat kita Arwah Mazlan

From Abang Mazlan Dlm Kenangan
Berita 13hb Julai 2010

Pagi tadi sewaktu taklimat pagi....kami menerima panggilan talipon dari member DPRC, pengurus MBB Kuala Pilah En Zaini yang membawa berita sedih..tapi belum dapat kesahihannya

Sahabat dan ahli kelab ragbi De Perpatih...Abg Mazlan telah kembali ke rahmahtullah malam tadi. Selesainya sahaja taklimat pagi harian...kami membuat pengesahan dengan menghubungi sendiri talipon tangan arwah untuk mendapat kepastian.

Sah.....jawapan dari anak arwah sendiri Yusri...bahawa ayah beliau telah meninggalkan kita semua sekitar jam 1.am dikampong beliau Felda Lasah Sungai Siput Utara Perak..

Kami tak sampai hati untuk bertanya lanjut sebab2 kematian. Arwah telah dikebumikan di tanah wakaf kg Felda Lahan.

Sewaktu hayatnya, abg Mazlan bekas pengurus Felda Bukit Rokan & Kepis merupakan sahabat yang banyak membantu aktiviti2 DPRC termasuk sumbangan pembangunan sukan ragbi Negeri Sembilan.

Semoga roh arwah di tempatkan bersama2 para wali & ambia.

AMIN.....!!!

National 7's 2010 - U19-KRM-Milo. Ns mengulangi kejayaan




Seremban - Negeri Sembilan bawah 19 tahun
mengulangi kejayaan johan kali ke 2 berturut-turut Piala Remaja B19 KRM-Milo di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Ung Khek Cheow yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.

Anak didik "Killer dan Tuan Wan Shaharuddin" ini meletakan semula maruah Negeri Sembilan setelah Pasukan "senior" terkandas di peringkat separuh akhir ketika bertemu Kedah.
Negeri Sembilan telah kehilangan pemain DPRC Mamba Asward, pemain kebangsaan ketika sukan Asia Guangzhou yg sepatutnya bermain bersama2 pasukan "senior Ns" Mamba terpaksa direhatkan setelah mengalami patah kaki ketika bertemu pasukan India tempohari.

Ns B19 sedang mencuba mengulangi kejayaan johan berturut-turut rekod "senior" nya diawal 1992-1995 sewaktu ketika dulu.

Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)

Kesungguhan Jurulatih Bro. Killer dan Tuan Wan dalam membentuk pasukan ini dari awal lagi seharusnnya diberi pujian. Kengkangan kewangan tidak menjadi alasan utama (walau ianya teramat penting), untuk meletakan Ns B19 ini dimercu kejayaan. Walau bagaimana pun....DPRC memohon kepada semua pihak untuk memandang semula dan bersama-sama memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada kelab kerdil ini. Sementara itu anak2 DPRC yg melepasi umur 19 tahun ini telah diserapkan untuk menyertai pasukan "senior Ns"

Bersama2 ini juga lapuran dari : sukandaily(baca disini)

PIALA REMAJA B19 KRM-MILO: KELAB DE' PERPATIH TERUS JULANG NAMA NEGERI SEMBILAN
Written by Sufiani

Negeri Sembilan B19 di wakili oleh Kelab De' Perpatih

WISEL PENAMAT Pengadil KRM, Mohd Nasri di Final Cup Kejohanan Ragbi Remaja B19 KRM-Milo 2010 memastikan Negeri Sembilan Bawah 19 Tahun dinobatkan juara untuk kali ke-2 berturut-turut setelah menewaskan Kedah (35-0).

Kini Negeri Sembilan menjadi pasukan terkuat tujuh sepasukan remaja Malaysia. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa program pembangunan pasukan ragbi remaja Negeri Sembilan yang di dominasi sepenuhnya oleh Kelab De' Perpatih membawa tuah kepada negeri tersebut.

De' Perpatih ketika diberi mandat oleh Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (NSRU) untuk mewakili N Sembilan ke kejohanan remaja tahun 2009, SUKMA Melaka dan Kejohanan Remaja B19 KRM-Milo 2010 telah membuahkan hasil yang amat dibanggakan. Sukandaily melihat faktor kejayaan pasukan ini adalah disiplin para pemainnya dan semangat setiakawan dan kerjasama yang utuh dari kalangan mereka. Perilaku dan rasa hormat para pemain antara satu sama lain dan kepada pengurusan pasukan menjadi faktor terpenting jatuh bangunnya pasukan ini.

Dalam saingan peringkat kumpulan di Kejohanan Ragbi Remaja B19 KRM-Milo 2010, Negeri Sembilan B19 terlebih dahulu membenam Melaka (28-0) dan Kedah (12-10). Pusingan suku akhir cup/plate, mereka menewaskan Terengganu (29-0). Di separuh akhir cup, N Sembilan menewaskan Kelantan (26-5) dan Final Cup mereka dengan mudah menewaskan Kedah (35-0).

Di Final, N Sembilan B19 berjaya mengumpul mata penuh melalui 5 Goal. Dua try awal N Sembilan telah dilakukan oleh Mohd Faiz Yassin minit ke-4' dan minit ke-5 dan diikuti tiga lagi try masing-masing oleh Muhammad Irfan Shamshuddin, Mohd Alif Anuar dan Mohd Amir Shafiq Maddiah minit ke-6', minit ke-16' dan minit ke-17. Kelima-lima tendangan konversi berjaya disempurnakan oleh Mohd Arif Rosli. Dalam saingan final tersebut, Kedah tidak berjaya memungut sebarang mata.

Tahniah dan Syabas .......!!!!

Kelantan pula menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar.

Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.

KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010

Download: Keputusan Senior ( klik)
Carta Senior


Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)

Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)

Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)

Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)


KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010

Download:

Keputusan Junior (klik)

Carta Junior

Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)

Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)

Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)

Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)


Thursday, September 9, 2010

Salam Lembaran Eidul Fitri



Biar renggang di fana dunia
Biar hina dimata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar harta semakin tiada
Biar akal semakin berusia
Biar jauh kedudukan kita
Biar jurang pangkat kita

Insyallah silatulrahim antara kita akan terus berkekalan

Salam Lembaran Eidul Fitri Mubarak

Salam Kemaafan Zahir & Batin

Monday, July 5, 2010

Royal 7s - DPRC Semakin Matang


Setelah tahun ke 3 menyertai kejohanan Royal 7s, DPRC telah mula menampakan peningkatan. Menang bowl dan sheild tahun sebelumnya, dan kini berikutnya melangkah ke kategori "CUP".

Walau pun tewas ketika menentang Kelab Bandaraya Dragon di peringkat separuh akhir kategori Kelab Tempatan dengan kedudukan 0-7, sudah memadai menggerunkan Dragon yg dibarisi pemain-pemain kebangsaan ternama.

Padang becak yg hujan sebelumnya juga adalah salah satu faktor penghalang DPRC untuk menunjukan permainan pantas. Kelebihan ini digunakan oleh Dragon yg bertubuh besar mengubah strategi serangan tujahan disamping memperalahan rentak taktik dgn "maul & rucking"

Ketiadaan 6 tonggak utama DPRC Tonggek, Jamboo, Luncai, Poyo dan Atok yg membuat pendaftaran ke IPTA & IPTS manakala Goncang pula bermain untuk pasukan Sekolah KGV. Namun pemain-pemain gantian tersebut telah menunjukan pretasi persaingan yg agak membanggakan.

Kematangan permainan dan persafahaman yang semakin terserlah di Kejohanan kali ini berbanding pretasi di Sukma Melaka tempohari.

Kini DPRC akan membentuk AJK kewangan yg lebih tersusun bagi cuba memastikan pendedahan ragbi yg lebih luas dgn menghantar pasukan ke beberapa Kejohanan jemputan tempatan dimasa akan datang.

Terima Kasih tak terhingga atas sumbangan dari Bank Rakyat, Penzoil dan beberapa individu.

Aksi2 Sepanjang Kejohanan



Berita-Berita Akhbar » SinarHarian


From Royal 7s 2010


SEREMBAN – Peminat ragbi tanah air ternyata puas dengan aksi hebat dipamerkan pemain ragbi tempatan dan antarabangsa pada pusingan kalah mati Kejohanan Ragbi Power NS Royal Sevens selama dua hari mulai 3 Julai di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Menerusi saingan akhir yang berlangsung dalam keadaan padang becak, Kelab Sandakan Eagles berjaya menundukkan Cobra 3-0 dalam masa tambahan setelah seri tanpa cubaan dalam pertemuan akhir Kategori Kelab Super.

Pengurus Sandakan Eagles, K H Tan berkata, faktor kemenangan pasukannya pada pertemuan akhir itu adalah semangat untuk menang.

“Pemain kami mempunyai semangat kental untuk menang.

"Ini adalah kejayaan kedua kami menjulang kejuaraan di Power NS Royal Sevens setelah kali pertama kami memenanginya pada 2006," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Sementara bagi saingan final Kelab Tempatan, pasukan Bandaraya Dragons menewaskan Scorpion Putrajaya 19-17 manakala saingan Kategori Sekolah, Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) menewaskan Sabah Junior 34-0.

Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (KRNS), Jalil Borhanuddin berkata, pihak pe-nganjur berpuas hati dengan penganjuran kejohanan Power NS Royal Sevens edisi ke-12 dan kerjasama diberikan pasukan bertanding serta Kerajaan Negeri amat baik sekali.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim yang juga wakil kepada Menteri Besar dan Datuk James Selvaraj dari Bata Malaysia.





Sunday, June 27, 2010

Piala Tunku Naquiyuddin 2010

From Piala Naquiyuddin 2010




KGV terlalu garang untuk TMS.

KGV yang sudah sekian lama kehilangan taring, mula bangkit dengan beberapa kejayaan Johan siri 7's sebelum ini, dengan membelasah TMS diperingkat akhir Kejohanan 7's sempena merebut Piala Naquiyuddin dengan kedudukan 40 - 0.

Namun pasukan TMS juga harus mendapat pujian kerana berjaya melangkah masuk ke final. Dengan mendapat bimbingan jurulatih muda "Paktam" bekas pelajar TMS ini juga turut membantu TMS melepasi halangan demi halangan dgn tentangan yg cukup sengit sebelumnya.

Kejohanan ini juga menampakan persaingan yg cukup memberansangkan terutama peningkatan yang cukup ketara bagi sekolah2 harian luar bandar. Pemain2 DPRC juga turut bertindak sebagai jurulatih membantu pasukan bekas sekolah masing2.

Pasukan2 yang berjaya melepasi hingga ke peringkat semi-final cup akan beraksi semula di Kejohanan Power NS Royal 7s awal julai ini.

DPRC mengucapkan tahniah kepada kesemua pasukan2 yang meyertai Kejohanan ini.

Keratan Akhbar

From Piala Naquiyuddin 2010


Thursday, June 17, 2010

Sukma 2010 - Semangat Baru Anak Muda NS

From DPRC-NS Sukma2010






Pengurus : Ajoi
Jurulatih : Killer & Komeng
Pegawai : Norbit & Adzly & Brado

Pemain :
Jamboo, Emon, Ajak, Macha, Ameen, Luncai, Mamba, Goncang, Tonggek, Poyo, Atok, Amm, Sendat, Wak,

Johor pasukan pilihan penganalisis Ragbi Sukma kali ini, tewas tipis 14-12 dengan penyandang Sukma 2008 Terengganu. Tahniah Terengganu....!!!

Manakala harapan Negeri Sembilan untuk meraih Emas di Temasya Sukma 2010 Merlimau Melaka gagal. Tetapi kegagalan itu bukan lah bermakna harapan ini pemusnah di Sukma yg akan datang.

Pasukan Sukma NS adalah pemain2 yg termuda yg masih berumur 20 tahun kebawah. Manakala Negeri2 lain pula dibarisi pemain2 berumur 23 tahun dan sedang mewakili Malaysia, negeri dan kelab2 yg ternama. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk menyaingi kelincahan NS.

Kemurungan tewas diperingkat suku akhir Cup bertemu Kedah anak didik Jurulatih Ujang Farid (bekas ketua pasukan M'sia) dgn kekurangan 4 mata (NS 10 Kedah 14) menjadi satu sumber kekuatan persiapan dan "post mortem" untuk berhadapan di peringkat "Plate". Separuh akhir plate satu ujian terlalu besar dgn mempertaruhkan pemain2 simpanan. Namun NS berjaya menjinakan negeri Hang Tuah Melaka dgn kemenangan tipis 7-5.

Kemenangan yg sungguh dramatik dengan Kelantan 19-5 akhir "Plate" merubah kemurungan dgn semangat berpantang maut sebelum ajal yg cukup bermakna. Pemain2 muda NS mula mempamerkan kematangan skill 7 sebelah dgn corak larian yg mengelirukan Kelantan. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak. Dan ada diantara pemain2 ini masih buleh mewakili 2 kali Sukma lagi.

Pengulas Ragbi Astro 801 yg membuat lintasan lansung memperakui bahawa pasukan termuda NS ini cukup matang menguasai format 7 sebelah, cuma terperangkap dengan sedikit kelalaian waktu bertemu Kedah diseparuh akhir Cup.

Apa yang lebih mengembirakan Kelab DPRC yg bernaung di bawah KRNS yg telah ramai melahirkan pelapis2 ragbi NS ini, membuat keputusan pertaruhan yg sungguh berani tanpa mengimpot pemain2 luar ternama seperti yang dilakukan oleh negeri2 lain.

Kepada pemain2 NS senior ternama seperti Jeff, Siam, Koi, Ganu, Black dan yg lain2 walaupun tahun ini tidak bersama NS, tetapi turut mewakili negeri2 seperti Sarawak, Terengganu, Johor dan Kedah.

Syabas squad NS

Presiden KRNS Tuan haji Jalil, Naib Presiden Tuan Hj Abd Razak, AJK Roy, ipin, Tuan Wan, Murad bersama2 penyokong2 turut bersama2 memberi sokongan sepanjang 3 hari Temasya Ragbi Sukma ini berlansung.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada KRNS, MSN, Tuan Wan, Helmi, Bang Man, Penzoil dan mana2 individu termasuk badan koporat yang turut bersama2 menyumbang untuk kemajuan sukan ragbi

Wednesday, June 9, 2010

SUKMA 2010 - NEGERI SEMBILAN membuat persiapan terakhir

From 2010_06_10




Kumpulan (A)

1-Terangganu (Juara sukma 2008).
2-Pulau PInang
3-Melaka(Tuan Rumah)

Kumpulan (B)

1- N.Sembilan (Naib Johan 2008)
2-Perlis
3-Sabah

Kumpulan (c)

1- Kedah
2 -Kelantan
3-Sarawak
4-Selangor...

Kumpulan(D)


1-Johor
2-Pahang
3-W.Persekutuan
4-Perak.

Perlawanan dijangka bermula pada 15 jun hingga 17 jun..Game pertama pada kol 9.00am teranganu vs Pulau Pinang.

Jom ramai-ramai memeriahkan acara Sukma ragbi di Melaka...

Sebelum itu di Kepis - Malam tadi Squad DPRC Sukma NS 2010 turut diraikan selepas sahaja bacaan tahlil sempena Majlis Ijab Kabul Bang Man yg akan berlandung pagi ini. Semoga sumbangan baju F1 dari Helmi Event & Distinct Power SB akan memberi semangat untuk meletakan NS dengan sasaran EMAS.

Wakil NSRU Bro Roy dan Pengarah Pembangunan NSRU Bro Ipin turut bersama.

Bro Norbit pengurus DPRC,sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bang Man dan turut menjemput kedua mempelai ke Sukma Melaka nanti.

Saturday, June 5, 2010

Final Liga KRNS

From Liga NSRU 2010


DPRC Naib Johan Cup
- Liga KRNS

Setelah keadaan cemas untuk berhadapan dgn Kelab ternama Gunners dari Sikamat, apabila surat rayuan bagi menunda jadual perlawanan akhir dari pengurus pasukan DPRC Norbit di tolak oleh Ajk kejohanan. DPRC berhadapan dgn ujian yg sungguh getir, hampir separuh pemain-pemain utama tidak dapat beraksi kerana menduduki peperiksaan IPTS/IPTA.

Namun DPRC berjaya menyekat keganasan Gunners dari terus membaham. Walau pun DPRC terpaksa menurunkan hampir setengah pemain2 simpanan. Pengurus/jurulatih Norbit berpuas hati dengan keputusan tersebut walau pun tewas dgn kedudukan 11-20. Kekangan kekurangan dana dan kehilangan pemain-pemain utama bukanlah penghalang untuk DPRC mempamerkan rentak menyerang & pertahanan kental dgn semangat juang yang seharusnya dibanggakan.

Gunners tersentap seketika, dlm waktu DPRC pernah mendahului dgn 6-5. Pertukaran pengadil pada separuh masa kedua dgn tiba2 juga amat memeranjatkan. Pemain DPRC Paktam menjadi mangsa dgn layangan kad kuning walau baru beraksi 10 minit.

Farhan dari DPRC manakala Besut dari Gunners, diistiharkan pemain terbaik Kejohanan Ragbi Liga KRNS pada perlawanan akhir tersebut.

Walau bagaimana pun objektif DPRC tercapai. Rata2 pemain tersebut adalah hasil pembangunan dari peringkat sekolah2 di sekitar N. Sembilan yg baru mencecah umur 21 tahun ke bawah. Syabas....!!! DPRC

Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh Presiden KRNS Tuan Hj Jalil, Timbalan presiden KRNS En Sallehuddin Mat Arop dan Ketua pemerintah Kem Sikamat.

DPRC turut mengambil kesempatan mengucapkan"Good Luck" kepada squad 18 tahun & 12 tahun Negeri Sembilan yang kini sedang menyertai Kejohanan Ragbi MSSM di Kota Bahru.

Manakala DPRC Sukma akan berusha membawa bendera N. Sembilan kepuncak "SUKMA 2010" di Merlimau Melaka pada 15hb-18hb Jun 2010 ini.

Pengurus Ajoey dan jurulatih Killer kini menjadi tumpuan untuk mencipta sejarah.

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Berbahgia hingga keanak CUCU

From New Photo Print.el6.Data


From Kamaruzaman (Bg Man)


Kepada semua Members DPRC.....!!! Kehadiran anda diwajibkan untuk bersama2 membantu persiapan hingga Majlis perkahwinan selesai.

Rumah penginapan dan T Shirt DPRC disediakan. Sila hubungi Nobit/Killer untuk keterangan selanjutnya.

Ketua Penanggah: Bro. Nobit

Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Ragbi Jemputan RMC 10's

From 2010_03_28


From RMC 10's 27 & 28 Mac 2010




DPRC Sukma NS telah membariskan pasukan ke 2 dlm menghadapi RMC 10's tempohari. Pasukan ini diberi tanggungjawab untuk mengalas dan menjadikan medan ujian kecergasan sepanjang latihan bersama-sama Team DPRC Sukma 1.

Pasukan ini yang membawa nama "DPRC-NS Pembangunan" telah mencapaikan pretasi yg cukup meyakinkan dengan tempat pertama ranking dan berjaya meloloskan diri hingga ke peringkat separuh akhir Cup. Tewas dengan Kuala Lumpur 2-3 yg membariskan pasukan berpengalaman dan pernah menyertai ARFU.

Pengurus Pasukan Pembangunan NS Bro. Ajoey yg dilatih dibawah jurulatih bro Killer dan Bro Komeng bersama-sama DPRC Sulma NS, kini mampu bersaing keperingat lebih tinggi sekiranya di beri peluang. Rata2 pemain2 ini dari tingkatan 4 & 5.

Insyaallah NS tidak akan ketandusan pemain. Sejarah NS menang 3 kali berturut2 di awal 1990an akan berulang dengan kelahiran pemain2 anak2 tempatan ini. Dan terima kasih tak terhingga sokongan moral dari MSN En Adzly dan senior DPRC bro Ross.

Insyallah...

Wednesday, March 3, 2010

Menyambut Kemenangan Di Dataran Jemapoh

DPRC Sukma Ns melepaskan lelah di Dataran Islah Jemapoh.
Dengan waktu yang cukup terbatas tetapi sempat meraikan kemenangan bersama abang ipin dan abang Kamaruzaman. Kegembiraan ini mendorong Kamaruzaman menyumbang kos makan malam tersebut.

Jelas kepuasan di setiap hati DPRC kejayaan yang mula menapak. Teruskan dengan program latihan fizikal dan kekuatan mental dengan lebih sistemetik dan tersusun. Kemuncaknya akan lebih terasa sekiranya DRPC Sukma NS ini berada di final Sukma Melaka awal Jun 2010.

Peminat dan penyumbang sentiasa di nanti-nantikan untuk kita bersama-sama meringankan perbelanjaan anak-anak muda ini.

Syabas dan Tahniah untuk Squad DPRC Sukma Ns dan Aswad yg terpilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir.



Tuesday, March 2, 2010

Kini DPRC mula melakar nama di Segamat 10's


Pada 27 & 28 feb 2010

Minggu lepas telah berlangsung Kejohanan Ragbi Segamat 10's bertempat di UITM Segamat..

Pada edisi kali ini pasukan pelatih SUKMA NS telah menyertai kejohanan ini..98% adalah dikalangan pemain-pemain DPRC yang terbaik mewakili pasukan ini.

Ini membuktikan keberhasilan pelan pembangunan pemain-pemain muda yang cukup sinonim dengan DPRC. Pasukan ini adalah pasukan yang akan mewakili Negeri Sembilan di SUKMA Melaka beberapa bulan lagi. maka penyertaan pasukan ini adalah dibawah kelolaan MSN NS.

Bermula dengan perjalanan seawal 10 pagi pada 26/02/10. Dengan menaiki 1 van(MSN) dan 2 kereta, perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk tiba di hotel penginapan di PINE CLASSIC HOTEL terletak di pusat bandar Segamat. Lewat petang sedikit aktiviti (workout) dijalankan di padang kejohanan (terima kasih pada bro ajis).

HARI PERTAMA (27/2/10-SABTU)

Perlawanan pertama, seawal jam 10.30 pagi menemukan DPRC SUKMA NS dengan WIRAWARI RC (Johor), dan menang dengan 3 try tanpa balas (keputusan penuh akan diberitahu kemudian).

Perlawanan kedua pula berlangsung dibawah terik matahari, menentang pasukan THUNDERCATS (tah kelab mano tah). THUNDERCATS mengejutkan pasukan SUKMA NS dengan try pertama, namun pemain-pemain tidak panik dan membalas dengan 3 try untuk meraih kemenagan kedua.

Dan pada sebelah petang, perlawanan yang ditunggu2 oleh sekalian penonton, DPRC SUKMA NS VS BLACKHAWK. Perlawanan ini boleh dianggap perlawanan ulangan semifinal Segamat 10's 2009 antara DPRC junior VS BLACKHAWK (waktu itu DPRC kalah 4 try).

Namun dendam kekalahan yang lepas akhirnya terlerai dengan DPRC SUKMA NS menang tipis 1 try.. satu perlawanan yang teramat menarik bagi mengakhiri hari pertama kejohanan, dengan sorak penonton sekeliling padang. umpama perlawanan akhir..
Namun kejayaan tidak datang mudah, hasil dari sistem ranking suku akhir menemukan semula SUKMA NS VS BLACKHAWK. semua termenung memikirkan esok..

HARI KEDUA (28/2/10-AHAD)

Hari yang ditunggu2, semua anggota pasukan pemain, jurulatih, pengurus, fisio, wakil MSN dan juga photografer (tq bro man) fokus terhadap perlawanan suku akhir ini.. sekeliling padang telah dipenuhi penonton dan pasukan2 lain sebelum wisel mula ditiup.. suasana seperti perlawanan utama(suku akhir lagi 1 xde orang tengok pn.. cian).

Perlawanan bermula, sukma diasak dengan permainan keras blackhawk.. namun pemain berjaya membuat pertahanan mantap, blackhawk alpa seketika, lantas memmerikan try pertama oleh amin.. separuh masa kedua, ditambah dengan 2 lagi try oleh poyo dan goncang, SUKMA NS melangkah ke semi final

Semifinal SUKMA NS berhadapan POLISAS Pahang dalam 1 perlawanan yang sukar.. mungkin disebabkan 2 perlawanan hebat sebelumnya para pemain keletihan dari aspek fizikal dan mental, dan hampir2 memberikan try awal pada POLISAS. separuh masa kedua hasil nasihat jurulatih mereka bangkit untuk melakukan try lewat permainan lantas layak ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir menemukan 2 wakil Negeri Sembilan, SUKMA NS vs SIKAMAT GUNNERS.. perlawanan berlangsung hebat(namun dibayangi kehebatan perlawanan SUKMA NS vs BLACKHAWK). SUKMA NS menang dengan 4 try berbalas 1.. kejayaan ini bertambah manis apabila pemain sayap utama ANWARRUL ASWAD dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Kejayaan ini menandakan bahawa program pembentukan pasukan ragbi SUKMA NS berada dilandasan yang tepat... semoga banyak lagi kejayaan yang akan diraih oleh para pemain2 muda ini..

SENARAI PEMAIN -

ASWAD, AMIN, MACHA, AM, TONGGEK, AJAK, JAMBU, DANGDUT, EMOON, ATOK, APIS, POYO, GONCANG, PILAH, IJAT DAN DOBOT..

SENARAI PEGAWAI
- EN AZLY(MSN), ABG AJOI(PENGURUS),

KILLER(JURULATIH)
,NOBIT (???), MR BATU(DREBAR), MAN&QUE(PHOTOGRAFI)






@Bro Luv@

Monday, February 22, 2010

PENGUMUMAN...perkahwinan di Kuala Terengganu

Hebahan kepada semua warga/komuniti DPRC...

salah seorang dari pemain kita akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini..
Beliau adalah Cikgu zul kita (kalo xkenal tanye Cikgu nobit) pada 14.03.10 (sebelah laki, belah pempuan 13.03.10) bertempat di Kampung Banggol Katong, Serade 20050 Kuala Terengganu.

diharapkan kepada yang berkesempatan atau berhampiran dapat hadir memeriahkan majlis tersebut...

kami bagi pihak DPRC ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semoga hidup cikgu Zul bertambah keberkatan.. Amin........

p/s: sesiapo teraso nak poie nek ket0 reramai dari somban, buleh hubungi En. Nobit( 0194793079)

Segamat 10's

From Blogger Pictures
Kami mengucapkan Selamat Bertanding....
Sepanjang Kejohanan jemputan 10's, DPRC sentiasa menghantar pasukan walau pun dana agak tidak mengizinkan. Terima kasih kepada kesemua penyumbang2 yg terlalu ingin melihat DPRC ini muncul dlm salah satu kelab ragbi yg di segani.

DPRC pernah mencapai ke pusingan suku akhir cup yg mana di barisi pemain2 lepasan sekolah. Kini sebahagiannya telah bermain dengan team elit di sekitar lembah Klang.

Teringat pulak Bro JOE salah seorang bekas pemain SM Zaaba merangkap penasihat makanan di samping menyediakan menu yg bertaraf 5 bintang.

Sape2 yg dapek hubungi JOE, Tolong hubungi Pejabat DPRC.

@Bro Luv@

Monday, February 1, 2010

Kelab Gabungan DPRC mula mengorak langkah


ZULHASNAN Rafique (kiri) bergambar dengan juara bawah18 tahun Kejohanan Ragbi Piala Rafique Yahya, pasukan Sekolah King George V, selepas perlawanan akhir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur, semalam.

King George V juara Piala Rafique
Sumber: Utusan (Klik)

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur), gagal mempertahankan Piala Rafique Yahya dalam kategori Cup bawah 18 tahun, Kejohanan Ragbi Victoria Institution 10 Sepasukan Kedua, apabila dijinakkan oleh King George V, 19-5, pada perlawanan akhir, semalam.

Bintang Rugby Club pula menjulang Piala Tan Sri Yahaya Ahmad yang tahun lalu turut dimenangi Semashur, dengan menundukkan Sekolah Alam Shah (SAS), 20-12 pada satu lagi perlawanan akhir Cup bagi kategori bawah 15 tahun di Padang VI, di sini.

Juara setiap kategori membawa pulang RM500, piala pusingan dan iringan, pingat serta set jersi penaja Total Field, sementara naib juara meraih RM300.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Pemain KGV, Anuarul Hafiz dan Mohd. Zulhisham Rosli (SAS) diumumkan sebagai Pemain Terbaik bagi kedua-dua kategori kejohanan edisi kedua ini.

Maktab Sultan Abu Bakar pula menjuarai Shield bawah 18 dengan menewaskan Bintang Rugby Club, Sekolah Sains Pokok Sena, yang menumpaskan Sekolah Menengah Taman Kosas, memenangi kategori Bowl, manakala Plate dimenangi Sekolah Menengah Sains Selangor, yang mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Razak.

Kategori Bawah 15 Tahun Shield pula dimenangi Maktab Sultan Abu Bakar, sementara kategori Bowl menjadi milik Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Sekolah Sukan Bandar Penawar memenangi Plate setelah menundukkan Sekolah Berasrama Penuh Sabak Bernam.

Dalam ucapan penutupan, Zulhasnan berkata, sambutan penyertaan pada kejohanan kali ini kian meningkat sehingga jawatankuasa penganjur terpaksa menolak empat lagi pasukan kerana kesuntukan masa untuk mengatur jadual perlawanan.

"Ia membuktikan Kejohanan Ragbi Victoria Institution (VI) 10 Sepasukan ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh banyak pasukan ragbi sekolah dan remaja sama ada dari seluruh Semenanjung mahupun Singapura.

"Saya berharap dengan sambutan yang baik ini dan bagi mengundang lebih banyak pasukan, penganjur mampu memanjangkan hari pertandingan daripada dua hari kepada dua setengah hari iaitu bermula pada Jumaat pada tahun depan," katanya.

Syabas dan Tahniah dari DPRC

@Bro Luv@

Saturday, January 16, 2010

LIHATLAH DUNIA....


assalamualaikum...

lihatlah dunia, bahawa deperpatih RC (DPRC) telah berjaya melahirkan pemain kebangsaan... gambar ini diambil sewaktu keKejohanan ARFU U19 2009..

beliau yang berkenaan adalah Mohd Fadhil Hanafi bin Jauri, ( Poyo) bekas SMK Zaaba dan kini melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam..

Beliau adalah seorang pemain hasil pembangunan remaja DPRC. Moga diharapkan semakin ramai yang akan mengikuti jejak langkahnya...

Insyaallah...

@Norbit@

Friday, January 1, 2010

INFO: MAJLIS PERSANDINGAN AJIS

Pada 02 januari 2010, akan berlangsung majlis persandingan en. aziz.. salah seorang pemain senior dan terawal DPRC. akan berlangsung di kampung beliau di Rembang Panas... semua ahli kelab dijemput hadir meraikan majlis ini...

bagi keterangan lanjut, sila hubungi:-

En. Nobit - 0194793079
En. killer - 0123217649
En. Yasin - 0192602676

sekian....

Thursday, December 31, 2009

Makan Malam Kemenangan/Tahun Baru 2010

From 2010-01-01


Johan Kebangsaan 2009, DPRC yg mewakili Squad NS bawah 19 tahun 7 's kebangsaan tempohari, telah diraikan oleh Kesatuan ragbi Negeri Sembilan dalam satu majlis khas
Makan Malam Kemenangan bertempat di Restoren Steamboat S2.

Kejayaan bersejarah ini juga adalah hadiah kemanisan penutup tirai 2009 kepada KRNS sempena menyambut Tahun Baru 2010 & Ulang tahun Kelahiran Bro Luv.

Agar sama-sama kita songsong 2010 dgn agenda yang lebih tersusun lagi dengan kesungguhan tuntutan pengorbanan.

Presiden KRNS Tuan Haji Jalil yg diiringi S/u Chqu Ameer turut berbesar hati menyampaikan cenderahati KRNS kepada pemain2.

3 pemain DPRC.... 1) Ajak 2) Poyo 3) Jambu - turut terpilih untuk mewakili Malaysia ke kejohanan peringkat Asia dalam masa yg terdekat ini.

SYABAS...!!!

@Bro Luv@

Sunday, December 20, 2009

Negeri Sembilan - Johan 7's Kebangsaan



















Negeri Sembilan bawah 19 tahun juara Piala 7 sebelah kebangsaan (klik)

mailto:%20bhsukan@bharian.com.my

KELANTAN muncul juara Piala Ung Khek Cheow pada Kejohanan Ragbi Kebangsaan 7 Sebelah 2009 selepas menundukkkan naib juara tahun lalu, Kedah 17-10 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, semalam.

Pasukan Cik Siti Wan Kembang itu yang diperkuatkan empat pemain kebangsaan menggunakan kepantasan mereka untuk melenyapkan cabaran Kedah melalui satu gol dan dua try berbalas dua try babak pertama oleh lawan.

Sementara itu, ATM muncul juara plate selepas mengenepikan Perak A, 24-19. Polis muncul juara bowl selepas menumpaskan Johor.


Manakala Negeri Sembilan terpaksa bekerja keras selepas menjinakkan Sarawak 15-14 untuk muncul juara kategori bawah 19 tahun. Terengganu muncul juara plate manakala Sabah memenangi kategori ‘bowl.'

DPRC
yg di beri kepercayaan kali ke 2 oleh Kesatuan Ragbi NS mewakili pasukan Negeri Sembilan telah menebus maruah dengan merangkul Johan 7 sebelah Kebangsaan 2009.

Sebelum itu harapan yg cukup tinggi diletakan kepada pasukan senior yang di barisi oleh pemain-pemain berpegalaman dibawah seliaan bro. Akmal jurulatih juga bekas pemain negara dgn kepakaran format 7 sebelah. Dan hampir keseluruhannya Team Senior ini mewakili negara, tewas suku akhir dgn Perak.

Squad 19 NS di bawah pengurus pasukan Bro Nobit dan jurulatih Bro. Killer, menang bergaya setelah menewaskan Sarawak dengan keputusan tipis 15-14 setelah membuat percubaan pertama 2008, tetapi tewas di final dengan pasukan Johor yang di barisi dari sekolah sukan Bukit Penawar.

Sekiranya di beri peluang dgn perhatian yg khusus ...tidak mustahil anak-anak kampong ini sewaktu hari nanti bakal mengukir nama yang lebih cemerlang dengan mengharumkan Sukan Ragbi di pesanda NS dan negara.

Keputusan Perlawanan:

Ns (17) lwn Perak (0)
Ns (17) lwn Kedah (0)

(quater cup/plate)

Ns (15) lwn Kedah (0)

(Semi-final Cup)

Ns (22) lwn K. Lumpur (12)

(Final Cup)

NS (15) lwn Sarawak (14)

Atas kesedaran dan tanggung jawab, DPRC yg telah lama memerhatikan masa depan ragbi NS bakal berhadapan kemalapan dgn ketandusan pemain-pemain anak-anak tempatan bertindak melakar beberapa program pembangunan ragbi bermula di peringakat sekolah rendah lagi.

Atas kesedaran itu juga, DPRC telah berusha mencari dana dari sumbangan ajk2 dan beberapa individu2 dengan menubuhkan pasukan pelapis yang terdiri anak-anak kampong yang masih belajar di sekolah2 sekitar NS.

Squad Bawah 19 tahun Ns

1) Mohd khairol Akkram b Basiri
2) Abdul Razak Maarof
3) Mohd Amir Syafiq
4) Madiah
5) Muhammad Fadhil
6) Hanafi b Jauhari
7) Mohd Fareez Mohd Nor
8) Mohd Arif b Rosli
9) Mohd Fareezwan b. Khairuddun
10) Muhammad Ashrul b. Zamrus
11) Mohd Faiz Mohd Yasin
12) Abdul Halil b Mohamed
13) Mohd Syazwan b. M Sedek
14) Mohd Sharmin Khan

Terima Kasih tak terhingga kami kepada:

1) Cgu Md zain Kochek dari KGV
2) Cgu Zain dari Zaaba
3) Cgu Murad dari TMS
4) Cgu di sekitar NS yg menubuhkan pasukan Ragbi

Dan syabas Squad 19 NS atas kerjasama dan komitmen yang tinggi:

1) Ajk DPRC: a) Cgu Amer (Penasihat) b) Kudin (President)
2) Tuan Wan Sharifudin
3) Bro. Ipin
3) Bro. Komeng
5) Bro. Ajoey
6) Bro. Oku- Khairil
7) Bro. Roy
8) Tuan Ibrahim Abu Bakar (Penzoil)








@ Bro Luv @